Kebelakangan ini ramai yang mengeluh tentang peningkatan bil elektrik terutama yang berkeluarga. Ada yang mencecah hingga RM300 sebulan walaupun menggunakan alat elektrik asas.
Bagi yang mencari-cari tip untuk mengurangkan bil elektrik perkongsian dari Fikri Azhar
ini boleh dijadikan panduan.Dengan penggunaan alat elektrik yang kebiasaannya ada di kebanyakan rumah, bil paling tinggi yang diterima hanya RM90 sebulan. Manakala kadar harian penggunaan elektrik sekitar RM1.50- RM2.30 untuk hari bekerja.
Ujarnya tip yang dipraktikkan adalah amalkan tutup suis untuk setiap alatan elektrik bila tak digunakan. Dalam pada itu penggunaan alat elektrik inverter serta timer juga membantu.
Berikut adalah perkongsian beliau.
Sebelum ini saya suka membaca tip yang orang share untuk jimatkan penggunaan eletrik. Terbukti ada kurang bil bulanan.
Saya share penggunaan rumah saya. Dalam rumah ada 4 orang (dua dewasa dan dua anak umur 4 tahun dan 1 tahun);
1. Aircond 1hp inverter 4 star( penggunaan dari 8 malam sampai 7 pagi, kalau Sabtu Ahad sampai pukul 9 malam -10 pagi)
2. Peti sejuk invreter 4 star (on 24 jam)
3. Freeze 5 star ( on 24 jam)
4. Penapis air (Coway, on pukul 5 petang- 12 malam, 12 malam off hingga 5 pagi, on 5 pagi hingga 8 pagi, off 8 pagi hingga 5 petang) Guna timer smart plug boleh monitar penggunaan eletrik.
5. Mesin basuh guna 2 hari sekali
6. Microwave dan air fryer ( guna bila perlu)
7. TV (3 star, on malam pukul 8 sampai 12)
8. Kipas 5 buah, semua 5 star (on bila perlu sahaja)
9. Lampu semua LED (guna yang kwh rendah, on bila perlu sahaja. Satu lampu saja on dari 7 malam- 7 pagi) On 7 malam sampai 7 pagi, yang ini guna smart plug timer boleh monitor penggunan elektrik.
Sehari penggunaan bil elektrik pada hari bekerja dalam RM1.50-RM2.30. Kalau waktu cuti sabtu ahad RM3.00- RM3.50.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Fikri Azhar Via Facebook Tukang Apa Hari Ini