Rakyat negara matahari terbit atau Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ajaran dan didikan dari ibu bapa mereka semenjak kecil menjadi pendorong utama kepada tumbesaran anak-anak yang bijak.

Perkongsian tip Bagaimana Orang Jepun Mendidik Anak Mereka? dari Baharuddin Mohamed di laman Facebooknya sangat menarik untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak.

1. Teknik Rangsangan Otak

Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderung kepada kira-kira dan fakta.

Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imaginasi.

2. Marahlah, tapi jangan tengking

Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.

Ads

3. Biarkan mereka bermain

Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya.

Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa Cina dan Jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak.

Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.

Lelaki Ini Kongsi 5 Teknik Bagaimana Ibu Bapa Jepun Didik Anak Supaya Anak Cepat Pandai

Ads

4. Teknik imaginasi

Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.

5. Teka-teki

Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.

Jika selama ini kita mungkin tidak pernah melakukan perkara diatas, mulai hari ini boleh mula amalkan dan lihat bagaimana reaksi anak. Jangan marah-marah anak kerana mereka dalam proses mengenal dan belajar, jadi why so serious? Semoga bermanfaat.

Ads

Sumber: Facebook Baharuddin Mohamed

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI