‘Berat turun 5 kg dalam dua minggu, tanpa senaman! Rasanya ramai terpengaruh dengan testimoni produk kurus macam ni kan.
Wanita mana yang tak mahu kurus, kesannya cepat pulak tu. Jadi bila baca kenyataan begini memanglah teruja nak tahu.
Walau pun kita tahu jalan paling selamat untuk kurus adalah dengan kawal makan dan bersenam tapi kerana nak kurus cepat kita sanggup abaikannya dan pilih untuk ambil suplemen.
Tapi awas ya, suplemen untuk kurus yang dakwa membakar lemak, kalori atau menghilangkan selera makan ini tidak semuanya selamat.
Keterujaan untuk kurus buat ramai tak baca pun kandungan dalam produk itu selamat atau tidak. Janji kurus, ambil jer!
Untuk yang kategori macam ni kena baca perkongsian Dr. Afifah Azhar . Kalau dah makan dan jantung rasa berdebar, berpeluh, tekanan darah tinggi tolonglah berhenti makan produk tu sebelum jadi arwah. Ini pesan Dr. Afifah!
Ads
OMG, sebenarnya VK sendiri pernah rasa macam ni lepas makan satu produk kuruskan badan!
Selain itu ada lagi tanda-tanda lain yang diberi.
Datang nak follow up rupanya dah meninggal
Saya jarang bercerita perihal pesakit sbb sy bkn org yg selayaknya utk bercerita.. Tp hari ni sy nk kongsi sikit sbb sy rasa penting utk pengajaran kita bersama.
Khamis lepas ada seorg pakcik lingkungan umur 50an dimasukkan ke icu disebabkn pendarahan perut& usus.. Datang ke hospital sbb batuk n berak berdarah dierumah..kami bagi ubat yg berharga rm beribu2 dgn harapan pendarahan berhenti.
Bila ditanya anaknya, anaknya bagitahu ayahnya sudah berbulan2 gemar mmbeli supplement, kopi campuran, teh herba etc melalui online utk tujuan kesihatan. Harini saya dtg nk follow up, rupanya sudah meninggal smlm. Ok sy tinggalkan bed tu, ikut specialist round.
Ads
Ada simptom kegagalan fungsi jantung lepas makan produk kurus
Smpai2 je saya kat katil seterusnya, specialist bagitahu saya pah patient ni mkn sibutramine..sy pn terpinga2 jap (setahu saya sibutramine tu haromm) tak boleh jual.
Pesakit wanita 30an, sudah berbulan2 sesak nafas, bengkak kaki dan dgn simptom2 lain kegagalan fungsi jantung..bila ditanya suami, pesakit makan beberapa produk menguruskn badan.
Salah satu adalah sibutramine yg sudah diharamkan penggunaannya.. Beli daripada kawan..dan si isteri itu tahu yg ubat itu adalah bahaya tp ttp makan secara sorok2 dri suami.. bila dibuat medical investigation, otot jantung pesakit sdh menebal menyebabkn kegagalan jantung serta komplikasi lain cardioembolic stroke &kegagalan buah pinggang.
Kalau rasa tanda-tanda ni kena insaf, cepat pergi jumpa doktor
Produk yg dia mkn buatan negara seberang tu terang2 claim ada sibutramine, senang kita detect.. Di pasaran kita, berlambak2 produk menguruskn badan yg mngndungi sibutramine berselindungkn topeng herba, topeng acai beri tu cmne pulak..
Ads
Saya nk pesan, kalau anda mkn produk2 kurus ni, kalau rasa berdebar2, pening, berpeluh, tekanan darah tinggi,penat,sesak nafas ke, tu bukan maknanya kadar metabolisma anda meningkat, tu maknanya anda kena insoff n segera jumpa doktor. Jgn sampai jd arwah dulu
Dulu saya penah cerita ttg ubat tranexamic acid ( ubat utk hentikan pendarahan) dijual brleluasa di fb utk putihkn kulit dan kesan2 jgka panjang..harini sy dpt screenshot iklan supplement yg perlu diberikan kpd anak2 seawal umur 6 BULAN supaya kulit anak glowing
Soalan saya: kegilaan apakah masyarakat kita!
Harap nasihat Dr. Afifah ini lekat di ingatan kita. Kalau betul nak kurus pastikan dengan jalan selamat! VK dah insaf!
Jom ngeteh! Ayat ini selalu disebut kalau nak ajak kawan minum petang kan?
Bagi peminat teh, anda perlu tahu beberapa informasi mengenai teh yang diberikan oleh Dr Suri Roowi. Mantan Saintis Prinsipal Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI ini berpengalaman sebagai saintis yang membuat penyelidikan bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan.
Menurut Dr Suri Roowi dalam facebok, terdapat beberapa informasi penting mengenai teh yang perlu diambil tahu oleh peminat kopi.
Teh hijau turunkan berat badan
Teh hijau kaya antioksidan dan biasanya diminum pada kuantiti yang tinggi – untuk turunkan berat badan.
Meminum teh hijau juga kurangkan risiko diabetis dan stroke.
Kajian mendapati meminum teh hijau pada kuantiti yang tinggi boleh sebabkan loya, lesu dan pening. Ini disebabkan teh hijau juga mengandungi kafein.
Teh hijau boleh menyebabkan anemia
Menurut The 2015 Dutch Dietary Guidelines, kadar yang disarankan adalah tiga cawan sehari.
Walaubagaimanapun, meminum teh atau teh hijau pada kuantiti yang tinggi setiap hari boleh kurangkan penyerapan zat besi dan mungkin boleh menyebabkan anemia.
Meminum teh atau kopi pada kuantiti tinggi dalam kalangan kanak-kanak juga kurang sesuai kerana boleh kurangkan penyerapan zat besi.
Perhatian untuk pesakit batu karang
Bagi pesakit batu karang, kajian mendapati bahan oksalat juga hadir dalam teh.
Pengambilan bahan tinggi oksalat pada kadar yang tinggi boleh sebabkan batu karang.
Kandungan oksalat dalam teh adalah:
a.Teh Pu-Erh (342 mg/200 mL)
b.Teh biasa (156 mg/200mL)
c.Teh hijau (80 mg/200 mL)
Teh susu
Menambah susu dalam teh akan kurangkan pembentukan batu karang kerana bahan oksalat kurang diserap ke dalam darah.
Bahan berkhasiat antioksidan juga kurang diserap dalam darah jika teh diambil bersama susu
Justeru minum ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul.
Tidur selepas sahur ramai buat tapi sebenarnya sangat tidak elok untuk kesihatan. Walau pun mengantuk doktor ini pesan tidurlah selepas beberapa jam, jangan tidur sebaik lepas sahur. Berikut perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar.
“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.
“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur” soal Tijah lagi bersungguh.
Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.
3 kesan tidur lepas sahur
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
Kita selalu keliru, perlu ke ambil suplemen ketika hamil? Kenapa perlu ambil suplemen? Tak bahaya ke ambil suplemen ketika hamil?
Persoalan ini selalu bermain di fikiran ibu hamil. Apatah lagi pelbagai isu mengenai suplemen wujud terutamanya di laman sosial yang berprasangka suplemen boleh merosakkan buah pinggang.
Vanilla Kismis mendapatkan kenyataan daripada Profesor di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Prof Dr Azizan Ahmad mengenai hal ini.
Ibu hamil perlu amalkan suplemen tak?
Ya, ibu hamil memang perlu amalkan suplemen apatah lagi jika makanan yang diambil tidak cukup menampung nutrisi yang diperlukan. Suplemen ialah makanan tambahan. Makanan perlu diambil seimbang dengan aktiviti yang dijalankan seharian. Sistem diet yang lazimnya diamalkan tidak mencukupi. Buktinya banyak penyakit dihidapi oleh orang ramai. Sebab itulah kita lihat hospital tidak pernah kosong. Masyarakat kita tidak sihat termasuklah ibu hamil disebabkan oleh pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi.
Apa sebab utama ibu hamil perlukan suplemen?
Sebab utama ibu hamil perlu ambil suplemen ialah untuk memastikan kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Sepanjang tempoh kehamilan, ibu kena sihat dan pastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi secukupnya.
Jika ibu abaikan pengambilan nutrisi, bayi dalam kandungan boleh mendapat kesan buruk. Misalnya bayi lahir tak cukup bulan atau bayi lahir tak cukup berat. Ini semua kesan buruk yang boleh dielakkan dengan pengambilan nutrisi yang cukup.
Kalau ibu tidak larat hendak makan raw food, maka suplemenlah yang membantu mencukupkan nutrisi untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Supleman mengandungi vitamin yang bagus untuk kesihatan ibu dan juga perkembangan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Sebab itulah, saya menggalakkan ibu hamil ambil suplemen sepanjang tempoh kehamilan.
Alahan adalah salah satu situasi yang ibu hamil akan alami. Bagaimana suplemen boleh bantu golongan yang macam ni?
Ibu hamil yang mengalami alahan adalah golongan yang sangat perlukan suplemen. Jangan ‘layan’ alahan itu sampai ibu tak makan langsung. Apabila ibu tak boleh nak makan makanan biasa misalnya nasi atau roti, jadi ibu kena ambil suplemen. Tujuannya mencukupkan nutrisi untuk anak dalam kandungan. Ini kerana apa yang ibu makan, anak akan dapat khasiatnya.
Biasanya alahan menyerangan ibu hamil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Tempoh ini pula sangat penting untuk kejadian janin yang sihat. Jadi, ibu kena pastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk bayi dalam kandungan. Ini sangat penting.
Apakah nutrisi yang ibu hamil perlukan?
Secara amnya, ibu hamil perlukan sumber makanan dalam bentuk vitamin dan mineral misalnya buah, karbohidrat misalnya nasi dan roti serta protein yang boleh didapati daripada ikan dan daging.
Suplemen bagaimana yang elok untuk ibu hamil?
Saya sarankan ibu hamil dapatkan suplemen yang berasaskan buah dan sayur. Ianya sangat bagus untuk memastikan ibu hamil dan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi.
Ibu kena bijak memilih. Ada banyak suplemen di pasaran. Namun pilihlah yang menggunakan active ingredient. Ini kerana suplemen yang menggunakan active ingredient bagus untuk badan dan tidak memudaratkan.
Ini berbeza dengan suplemen yang bersifat sintetik. Suplemen bersifat sintetik inilah yang bermasalah. Ini kerana bahan yang digunakan ialah bahan sintetik yang sudah pasti ada bahan kimia. Suplemen seperti ini mengatakan mereka gunakan buah tetapi sebenarnya hanya perisa buah yang menyerupai bahan sebenar sedangkan ianya bukan bahan sebenar. Ini bahaya.
Tip penjagaan kesihatan ibu hamil yang ada alahan
1) Jangan layan alahan, ibu kena makan -Walaupun ibu mengalami alahan, ibu kena usaha untuk makan atau menggantikan makanan dengan suplemen. Bayi dalam kandungan perlukan nutrisi untuk tumbesarannya.
2) Cari waktu makan yang ibu selesa -Jika ibu loya pada waktu pagi, cuba makan pada waktu tengah hari. Jika tidak boleh, cuba waktu makan. Jangan tidak makan langsung.
3) Jangan tidur sepanjang hari -Tidur atau berehat sebenarnya menyebabkan alahan semakin kuat. Ibu kena rajin bergerak atau sekurang-kurangnya melakukan kerja rumah. Kalau dilayan, alahan akan semakin teruk.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...