Lauk sotong ini memang sedap, buatlah apa-apa hidangan pun. Baik buat sambal, kari, bakar, kerabu memang akan licin. Berbaloi beli walaupun harganya mahal.
Cumanya beli nak masak sotong ramai yang merungut dah beli sotong besar tapi waktu masak jadi kecut. Kecik je jadinya, kalau beli sotong saiz kecil apatah lagi.
Bagi memastikan sotong kekal dengan saiznya dan tak kecut sesudah dimasak ada petua yang boleh dipraktikkan. Caranya pun mudah saja, dikongsi oleh Zin Ros
bagi mengelakkan sotong kecut cuma rebus seketika dengan bahan ini.Kalau nak masak sotong guna petua ini supaya sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.
1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong kembali.
2. Kemudian rebus sotong dalam air selama 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping.
3. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir, saiznya maintain tak mengecut. Takde lah masa beli besar sotongnya tapi bila dah masak kecik je jadinya.
Semoga bermanfaat
Sumber: Zin Ros