Bagi yang tinggal di apartmen, flat atau rumah teres yang keluasannya terhad, foldable table ini idea yang sangat praktikal.

Boleh dibuat di dapur atau dalam bilik. Ia juga pelbagai guna, boleh jadi meja belajar anak, meja gosok pakaian dan macam-macam lagi. Paling penting ia guna banyak ruang. Selesai guna lipat di dinding dan ruang akan jadi luas balik.

Terima kasih kepada Farah Fauzana Ismail berkongsi tutorial membuat foldable table untuk ruang belajar anaknya. Menggunapakai meja belajar yang lama, modalnya untuk menghasilkan foldable table ini cuma RM17.30 saja. Menarikkan!

Barang yang diperlukan untuk 1 meja

  • Meja study kanak-kanak
  • Adjustable bracket (beli di MR DIT RM13.90)
  • Wallpaper (RM3.40)
  • Total RM17.30 sahaja

INFO

  • Meja study memang dah sedia ada, kalau tiada oleh beli harga dalam RM13 di MR.DIY
  • Boleh juga kalau nak guna plywood tapi agak mahal dan leceh kena cat. Lagi jimat beli yang dah siap.

Step by step buat foldable table

1. Ini meja asal anak.

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

Ads

2. First step buka la dulu segala jenis skru dan bracket tu. Kita nak ambil papannya saja.

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

3. Ini rupa asal permukaan meja, macam tak kena pulak dengan tema nak deko-deko.

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

4. Jadi kita tutup hiasan kartun tu dengan wallpaper. Walaupun teringin wall paper warna putih tapi takut cepat kotor.

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

Ads

5. Inilah rupanya adjustable bracket tu. Memang dijual sepasang. Satu set utk satu meja. Ada banyak saiz, macam dalam gambar ni saiz 12 inci. Ada tulis di bahagian atas.

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

6. Next pasang bracket

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

7. Siap kedua dua belah,

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

Ads

8. Tanda ikut ketinggian dan keselesaan anak sebelum drill lubang untuk pasang meja ni.

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

9. Taraa dah siap ya.

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

TIP

  • Bila nak lipat meja tu kena angkat dulu sikit ke atas baru boleh klik butang supaya boleh lipat. Kalau tekan dan terus lipat ke bawah memang keras dan tak bergerak. Mungkin untuk safety.
  • Boleh jadi meja in 1, meja study + tempat santai-santai baca buku.

Bila dah lipat, macam keadaannya.

Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja
Ini rupanya bila dah dilipat. Kalau ada tetamu luas la sikit ruang nak solat. Sekian saja tutorial. Semoga bermanfaat.

Selamat mencuba!

Sumber: Farah Fauzana Ismail

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI