Lepas Tukar Tong Gas Baru Ada Bunyi & Bau, Jangan Panik! Cuma Terbalikkan Getah & Ikut Langkah Ini

Share

Walau memang guna gas untuk memasak, tapi bab pasang kepala gas tetap buat kita risau terutama kalangan kaum wanita.

Kena pula lepas pasang kepala gas ada bunyi dan ada bau gas, mulalah fikir yang negatif akan berlaku. Sebenarnya jika berlaku situasi ini waktu memasang kepala anda hanya perlu melakukan beberapa langkah yang dikongsi oleh Arm Ika

untuk menyelesaikan masalah ini.

Atasi masalah tong gas keluar bunyi dan bau

Saya sekadar ingin membantu apa yang saya tahu. Saya nak kongsi ilmu mengenai “tong gas” bila berdepan masalah waktu tukar gas baru. Ketika ini mungkin berlaku ada bunyi dan gas keluar. Cara atasi;

Step 1 – Ini getah hitam ada dalam kepala gas.

Step 2 – Keluarkan getah itu guna pisau atau alat yang tirus untuk cungkil keluar getah hitam dari kepala gas.

Step 3 – Bila dah keluar, terbalikkan getah hitam kemudian masukkan semula.

Step 4 – Tekan terus supaya rapat, guna jari pun boleh.

Nota: Kalau tiada getah langsung dalam kepala gas boleh ambil dari tong gas yang lain masukkan di dalamnya. Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yang sepatutnya untuk melakukan pemeriksaan.

Semoga bermanfaat

Sumber: Arm Ika

Published by
VK