Lesung batu yang baru dibeli biasanya kita akan basuh dan terus guna. Tapi ramai tak perasan bahawa sebenarnya pada lesung batu baru ini masih melekat kotoran daripada proses pembuatannya.

Bagi untuk memastikan ia bersih, tak cukup sekadar membasuh dengan sabun atau membilasnya. Ada cara yang perlu kita lakukan agar alat penumbuk tradisional ini bebas daripada kotoran, serbuk atau serpihan batu.

Salah satu cara yang mudah adalah menggunakan beras. Boleh lakukan langkah berikut sebelum menggunakannya kali pertama

Langkah cuci lesung batu baru

1. Rendam lesung batu dengan air paip semalaman.

Lesung Batu Baru, Kena Tumbuk Bahan Ini Dulu Baru Guna

Ads

2. Keesokan harinya keluarkannya dari air rendaman. Ambil satu sudu beras dan tumbuk menggunakan lesung yang masih basah.

3. Tumbuk, lenyek, gesek beras menggunakan alu hingga kena semua bahagian dalam lesung. Tumbuk hingga beras hancur.

Lesung Batu Baru, Kena Tumbuk Bahan Ini Dulu Baru Guna

Ads

4. Selepas beras lumat kita akan dapati beras bertukar warna menjadi seakan warna lesung menandakan kotoran, serbuk batu yang ada pada permukaan dalam lesung sudah keluar.

Lesung Batu Baru, Kena Tumbuk Bahan Ini Dulu Baru Guna

5. Kemudian boleh bersih, bilas lesung batu dan ia sudah sedia untuk digunakan.

Ads

Lesung Batu Baru, Kena Tumbuk Bahan Ini Dulu Baru Guna

Petua 

  • Pilih lesung yang bentuknya dalam
  • Alunya besar atau berat
  • Diperbuat daripada batu bukan marble
  • Selepas guna terus cuci supaya kotoran tak melekat, tak perlu guna sabun pun kerana air sabun boleh diserap dalam batu lesung.

Sumber: icookweet_tt

Baca: Nak Hilangkan Kesan Kuning Pada Mesin Pengisar, Kisar 3 Bahan Ini Sekali Gus. Terus Bersih!

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI