Tip ini mungkin berguna untuk rumah yang ada masalah tikus. Haiwan ini bila ada dalam rumah bukan saja, bahan makanan malah wayar pun digigit hingga beri masalah lain pula untuk kita.
Antaranya adalah wayar aircon untuk unit di bahagian luar. Kalau di rumah ada masalah yang sama boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mohd Hazwan Tajip ini. Guna berus sabut!
Tip elak tikus gigit wayar guna berus sabut
Ads
Siapa pernah kena macam ni? Hidupkan aircond, indoor unit hidup tapi outdoor unit senyap je. Rupa-rupanya tikus dah masuk outdoor unit aircond dan gigit wayar. Bila panggil tukang repair, mudah saja. Panjat, buka dan sambung semula wayar. Hidup semula. Bayar tukang. Selesai.
Tapi bila sebulan sampai 2 kali kena macam ni, duit kita yang selesai kalau biarkan.
Petua yang diberi oleh tukang repair, letak berus sabut di tempat piping masuk.
Fungsinya, berus sabut yang tajam akan halang tikus masuk kerana muncungnya akan tercucuk sabut yang keras.
Ads
Jadi terus beli berus sabut dan letak tempat yang tikus boleh masuk. Cuba saja. Modal pun tak besar mana. Lepas letak, Alhamdulillah dah dekat setahun tiada masalah tikus gigit wayar dalam outdoor unit.
Semua outdoor unit saya letak untuk elak tikus masuk. Siapa ada masalah ni, boleh cuba. Mungkin membantu.
Walaupun menu kampung tapi hidangan lempeng ini tetap ramai peminatnya. Cicah dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin memang ngam.
Cara nak buat pun mudah sangat. Tapi kan, ada juga yang buat lempeng tak menjadi. Kalau macam tu guna cara yang dikongsi oleh Fuad Ismail Iskandar ini. Elok gebu kejadian lempeng nanti.
Cara buat lempeng kampung gebu
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (lebih kurang)
2 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Serbuk perasa (jika suka)
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini hingga sebati
2. Kemudian tuang sedikit atas kuali non stick. Saiz boleh buat ikut cita rasa.
3. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.
4. Dah sejuk boleh gulung dan makan dengan sambal.
Kereta bila dah lebih usia 5 tahun bukan saja cat akan kusam tapi bahagian lampu juga akan nampak kekuningan. Ia bukan saja membuatkan kereta nampak lusuh tapi juga kualiti pencahayaan lampu kereta kerana kurang jelas.
Boleh saja menukar bahagian headlight ini tapi modalnya agak besar, untuk kereta MyV boleh cecah lebih RM200.Jadi sebelum ambil keputusan untuk membelinya apa kata cuba kaedah yang dikongsi oleh Khairul Anwar Tumingan.
Dengan modal RM15 dan melakukannya sendiri headlight yang kusam dan kuning ini boleh kelihatan seperti baru.
Cara kilatkan headlight yang kuning
Hari ini saya nak share macam mana saya gilap headlight yang dah kuning dan kusam dengan modal tak sampai RM15. Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan produk yang boleh digunakan. Tapi apa yang saya kongsikan ini antara cara yang paling berhasil yang pernah saya cuba. Yang penting, kena gigih sikit menggosok ya!
*ini untuk headlamp plastik sahaja
Bahan yang saya gunakan adalah:
Kertas pasir gred 600
Kertas pasir gred 1000
Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)
Inilah 3 bahan yang digunakan. Modal keseluruhannya tak sampai pun RM15. Ok, jom kita tengok cara-caranya pula.
Ini lampu asal yang dah menjadi kekuningan dan kabur.
1. BUANG LAPISAN KUNING DENGAN KERTAS PASIR GRED 600
Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur.
Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.
2. LAP & KERINGKAN
Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.
3. GOSOK DENGAN KERTAS PASIR GRED 1000
Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.
4. LAP & KERINGKAN
Lepas tu lap dan keringkan macam tadi. Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi.
5. GILAP DENGAN AUTOSOL METAL POLISHER
Ini yang saya pakai, Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.
Tengok, ni baru gosok sikit dah nampak clear, kan? Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah.
SIAP! INILAH HASILNYA…
Ini hasilnya setelah saya gilap lebih kurang 1/2 jam. Berkesan, kan? Lampu kereta yang kekuningan tadi dah nampak macam baru. Memang berbaloi! Tengok perbandingannya sebelum dan selepas saya kilatkan tadi.
Jadi lepas ini bolehlah kilatkan lampu kereta sendiri saja di rumah. Bahaya biarkan lampu kereta yang kusam dan kekuningan. Bila lampu kabur, takut orang lain tak nampak kita dengan jelas. Insha Allah boleh guna cara begini, mudah dan jimat. Selamat mencuba!
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...