Tip ini mungkin berguna untuk rumah yang ada masalah tikus. Haiwan ini bila ada dalam rumah bukan saja, bahan makanan malah wayar pun digigit hingga beri masalah lain pula untuk kita.
Antaranya adalah wayar aircon untuk unit di bahagian luar. Kalau di rumah ada masalah yang sama boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mohd Hazwan Tajip
ini. Guna berus sabut!Siapa pernah kena macam ni? Hidupkan aircond, indoor unit hidup tapi outdoor unit senyap je. Rupa-rupanya tikus dah masuk outdoor unit aircond dan gigit wayar. Bila panggil tukang repair, mudah saja. Panjat, buka dan sambung semula wayar. Hidup semula. Bayar tukang. Selesai.
Tapi bila sebulan sampai 2 kali kena macam ni, duit kita yang selesai kalau biarkan.
Petua yang diberi oleh tukang repair, letak berus sabut di tempat piping masuk.
Fungsinya, berus sabut yang tajam akan halang tikus masuk kerana muncungnya akan tercucuk sabut yang keras.
Jadi terus beli berus sabut dan letak tempat yang tikus boleh masuk. Cuba saja. Modal pun tak besar mana. Lepas letak, Alhamdulillah dah dekat setahun tiada masalah tikus gigit wayar dalam outdoor unit.
Semua outdoor unit saya letak untuk elak tikus masuk. Siapa ada masalah ni, boleh cuba. Mungkin membantu.
Kredit : Abdul Hadi via kelab kaki D.I.Y
Sumber: Mohd Hazwan Tajip