Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.
Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman.
Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.
Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”
22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.
15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.
Sumber: Aisyah Othaman