Setiap kali masak sup terutamanya daging atau tulang, lemak dan minyak yang timbul memang dapat dielak apatah lagi bila sup sudah sejuk. Lemak dan minyak ini juga akan melekat pada periuk dan pinggan mangkuk.
Bagi mengelakkan sup yang dimasak dipenuhi lemak dan minyak ini ada cara yang boleh kita lakukan. Petua mudah yang dikongsi oleh Sharifah Norita adalah dengan cara memasukkan timun batang.
Petua elak lemak dan minyak bila masak sup
1. Ketika sup belum mendidih, sediakan sebatang timun. Boleh potong dua jika mahu.
2. Terus masukkan dalam sup yang sedang dimasak. Timun ini berfungsi menyerap minyak dan lemak daripada tulang dan daging.
3. Selepas sup masak, boleh keluarkan timun dari sup. Timun ini boleh dibuang kerana penuh dengan lemak.
Info: Timun yang dimasukkan dalam sup ini akan lembut namun tidak hancur atau menjejaskan rasa sup.
Sumber: Sharifah Norita
Bil Elektrik Turun 50%, Lelaki Ini Kongsi 3 Tip Mudah Yang Dilakukan Walaupun Guna Banyak Alatan Elektrik
Rumah kalau gunakan pendingin hawa atau aircond memang akan tinggi bil elektrik. Walau pun cuma guna satu saja aircon tetap akan mencecah lebih RM100 sebulan. Apa lagi kalau guna pemanas air, penapis air dan pelbagai lagi alat elekrik.
Namun begitu dengan menggunakan semua alatan elektrik ini masih ada cara menurunkan bil elektrik jika sanggup melakukan beberapa tip yang dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah. Malah bil elektrik akan turun 50% daripada kebiasaan dan ini tip yang beliau praktikkan.
Tip kurangkan bil elektrik turun 50%
Saya baru pindah rumah sewa bulan Nov tahun lalu. Saya ingin berkongsi tip kurangkan bil elektrik. Saya berjaya kurangkan hampir 50% daripada RM147 pada bulan Nov 22 kepada RM73 Pada Jan 23.
Ini merupakan tabiat yang kuat pakai ‘karen’ bulan Nov 22:
1) Aircond ON pagi petang siang malam. Saya set 25°C sahaja dengan harapan jimat electrik.
2) Mandi air panas lama-lama dalam toilet healing layan warm shower.
3) Lampu on sahaja sesuka hati sebab LED ingatkan jimat elektrik.
4) Masak pakai dapur elektrik.
5) Dapur pakai air coway
Pada bulan December saya cuba untuk berjimat. Saya make sure lampu semua tutup tiada yang terbiar. Lain-lain masih seperti biasa. Tak banyak turun jadi RM120++ juga.
Ini cara nak jimat bil
Akhirnya saya berjaya cari punca bil melambung dan jimat bil electrik kepada RM73 sahaja sebulan pada Jan 23:
1) Aircond saya hanya on 8-10 malam. Selepas itu saya tutup, malam tidur pakai kipas sahaja. Buka tingkap supaya sejuk. Aircond sebenarnya kuat pakai electrik.
2) Tiada dah mandi air panas lama-lama. Pagi saja 5 minit mandi siap terus keluar. Water heater direct heating kuat pakai current.
3) Lampu LED buka bila perlu. Saya buka langsir natural lighting.
4) Masih masak pakai dapur elektrik sebab rumah tiada dapur gas. Masak 3 kali sehari.
5) Air coway seperti biasa.
Kesimpulan
Aircond walaupun set pada 25°C jika on 24 jam /7 hari bill elektrik akan melambung. Saya sekarang pakai kipas saja melainkan betul-betul terdesak baru balik jalan-jalan penat, so saya on aircond.
Malam on 8-10PM sahaja untuk anak-anak tidur selepas itu pakai kipas sahaja buka tingkap natural ventilation.
Water Heater juga kuat pakai elektrik selagi boleh mandi air sejuk mandi je la, asalkan mandi. Kalau nak mandi air panas jangan healing lama sangat nanti bil elektrik naik. Anak-anak pun tak main mandi air panas mandi air biasa saja. Sebelum ini tak kisah itu bill naik.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Muhammad Faris Abdullah
Foto: Facebook Tukang Apa Hari Ini
Perkara Ini Selalu Kita Buat Dalam Kereta, Rupanya Boleh Buat Aircond Cepat Rosak
Isi Kandungan
ToggleKeadaan cuaca negara kita yang panas membuatkan setiap setiap kali masuk kereta perkara pertama kita buat selepas buka enjin adalah memulakan pendingin hawa atau aircond.
Kalau aircond kereta rosak memang amat merimaskan, lagi satu kos untuk baiki juga selalunya mahal.
Namun ramai yang tak tahu ada beberapa perkara yang kita selalu lakukan rupanya jadi menyebabkan aircond kereta cepat rosak. Sebaiknya ubah tabiat ini jika tak nak duit melayang.
1) Tutup enjin kereta secara mengejut
Jadikan satu kebiasaan menutup pendingin hawa terlebih dahulu sebelum mematikan enjin. Jika tidak, semasa mahu menghidupkan enjin, pendingin hawa terpaksa bekerja secara automatik.
Ini kerana bateri akan terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi pendingin hawa.
2) Kereta kotor
Membiarkan sampah dan kotoran dalam kereta bukan sahaja menyebabkan suasana tidak selesa, malah debu juga akan melekat secara berterusan.
Ia seterusnya memberi kesan kepada pendingin hawa memandangkan debu dan habuk yang dihasilkan akan masuk dan keluar dari penapis, sekali gus membuatkan ia lebih cepat rosak.
3) Buka tingkap & pasang ‘aircond’
Tabiat ini boleh menyebabkan kompresor kereta terpaksa beroperasi lebih daripada biasa. Jika tabiat ini sering dilakukan, maka tidak mustahil aircond kereta anda akan mudah mengalami kerosakan.
4) Merokok sewaktu memandu
Asap serta debu daripada rokok boleh menembusi bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut akan menyebabkan penapis menjadi cepat kotor akibat habuk.
Akibatnya, tahap kesejukan aircond kereta akan terganggu dan boleh menjadi tidak optimum dari yang sepatutnya.
5) Pewangi kenderaan kurang sesuai
Untuk pengetahuan, pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Apabila pewangi jenis gel terkena suhu yang sejuk, wap tersebut berubah kepada bentuk gel dan seterusnya boleh menghalang penapis dan evaporator atau cooling dalam pendingin hawa.
Sebaiknya, gunakan pewangi yang bersifat cecair untuk memastikan aircond anda tidak mudah terjejas dan rosak.
Sumber: Mstar
Buat Air Sirap Cara Orang Dulu-Dulu, Siap Letak Rempah. Sedapnya Memang Lain Dari Yang Lain
Kalau kita buat air sirap, biasanya cuma letak sirap merah, gula dan daun pandan. Itu pun dah rasa sedap.
Tapi orang dulu buat air sirap memang lain macam, siap ada rempah lagi. Siapa yang pernah rasa air sirap atau sirap serbat ini memang takkan lupa. Air sirapnya terpaling sedap dan lain dari yang lain. Boleh buat stok, senang nak minum bila-bila.
Buat air sirap cara orang dulu-dulu
Siapa pernah minum sirap serbat, sirap orang dulu dulu? Mesti tau kesedapannya. Ini resipi sirapnya.
Bahan-bahan
1L air
1kg gula
1 sudu buah pelaga
1 sudu jintan manis
Daun pandan
3 sudu sirap merah
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan, masak sampai gula hancur dan mendidih.
2. Biarkan renih selama 2-3 minit kemudian tutup api.
3. Sejukkan dan tapis dalam bekas yang sesuai untuk disimpan.
4. Bila nak guna ambil sejumlah sirap serbat yang sesuai tambah air dan ais batu. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Siti Hasnah AR