Luahan Menyentuh Hati Isteri Achey Selepas Terima Hadiah Terindah ‘Rupa Saya Tak Secantik Bidadari, Belum Diberi Zuriat Tapi Syukur Awak Sabar Bersama Saya’
Hadiah hari jadi kereta mewah Audi TT berharga lebih kurang RM285k! Untung betul isteri pelawak Achey dari Kumpulan Bocey ini.
Bagi yang mengikuti kisah hidup Achey bersama isterinya Nor Hasanah Yahaya sejak awal mungkin dapat merasakan bahawa wanita ini memang tersangat layak menerimanya.
Setia bersama Achey sejak tidak punya apa-apa, Nor Hasanah atau Anne tetap di sisi suami selama lapan tahun kala susah dan senang.
Malah memetik laporan dalam Astro Gempak, dia sanggup tinggal di bengkel bersama suami ketika hidup susah satu masa dulu.
Selepas menerima hadiah terindah dari suaminya ini, Anne melalui laman instagramnya anne_achey meluahkan kesyukuran selain menitipkan kata yang cukup menyentuh hati buat suami.
Terutama sekali bila Anne memperkatakan tentang cahaya mata dan juga rupa parasnya.
“Alhamdulillah ya Allah…sukar untuk diungkap dengan kata-kata…Terima kasih sayang @acheykintangkintung…
Patutlah dlm masa sebulan ni dia banyak buat keje senyap-senyap. Sampai saya tak boleh tau kemana dia pergi. Rupa-rupanya dia buat persiapan birthday saya. Semuanya dia uruskan sendirian. Terima kasih banyak by…
Ads
Walaupun rupa saya tak secantik bidadari, tetapi saya tetap menjadi bidadari dalam hati awak untuk selamanya.
Terima kasih selama 8 tahun kita bersama, awak banyak membimbing saya walaupun kita belum ada rezeki utk dikurniakan zuriat tetapi saya bersyukur awak tabah dan sabar menantinya bersama saya.
Tq by @acheykintangkintung banyak buat saya terkejut dan terima kasih jugak pada semua yg memberikan ucapan birthday saya dan yg sudi hadir dan membantu menjayakan suprise ni. Tq semua.”
Pada usianya baru dua bulan, anak kepada Nora Danish ini pernah menjadi mangsa buli siber.
Ada netizen yang secara terang-terangan menulis komen berbaur hinaan terhadap anak sekecil ini mengatakan makhluk ciptaan Tuhan ini ‘tidak comel langsung.’
Nora Danish sendiri mengakui dia pernah menangis seharian bila membaca komen sedemikian. VK sendiri pun hairan macam mana ada yang sanggup cakap macam tu pada anak yang tak tahu apa-apa.
Tapi hari ini tengoklah Mohamed Neyqal Nedim atau Ney Ney yang dah berusia tujuh bulan. Comel betul kan! Netizen yang mengata anak Nora ini mungkin perlu tarik balik kata-katanya.
Ramai yang memuji kecomelan anak ini yang dilihat mengikut wajah ibunya.
Kalau dulu ada yang mengata, sekarang tengoklah pula komen netizen.
Budak-budak sekarang terutama yang masih kecil memang payah makan sayur. Jarang sangat jumpa anak-anak yang suka. Kalau diletak dalam pinggan selalunya takkan diusik.
Tapi lain pula cerita dengan anak bongsu pelawak terkenal Harith Iskandar dan Dr Jezamine Lim, iaitu Zydane Xayne Iskander. Kagum bila melihat anak baru usia 4 tahun ni boleh meratah sayur semata-mata, malah menangis pula bila hidangan sayur di pinggan diambil oleh ibunya.
Aksi itu telah dimuat naik oleh isteri Harith, Dr Jezamine Lim dalam laman instagramnya semalam. Lucu betul tengok Zydane ni merengek bila ibunya mengambil sayur dalam pinggan untuk diberi kepada abang.
Masalah yang bagus, dia tak pernah kongsi sayur dengan orang lain. Ada masa ayah dia pun beri semua sayur pada dia bila saya tak melihat,” tulis Dr. Jezamine.
“Dia satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur,” usik Harith pula dalam video tersebut.
Dalam pada itu video tersebut juga banyak mendapat respon dari netizen. “Cute sungguh, pertama kali tengok budak menangis nak makan sayur ini pula antara komen-komen netizen terutama wanita yang rata-ratanya kagum melihat aksi Zydane.