Jamu dan maajun sejak dulu memang jadi amalan penjagaan kesihatan secara tradisional terutama sekali kalangan wanita.
Bukan saja lepas bersalin, jamu dan maajun yang disediakan menggunakan herba ini turut juga diamalkan setiap hari bagi sesetengah wanita. Ia menjadi cara untuk mereka mencergaskan tubuh badan melakukan kerja harian.
Tapi selepas ini kaum wanita mungkin perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan jamu dan maajun terutama dari pengeluar yang tidak diiktiraf.
Ini kerana pengambilannya mungkin menyebabkan anda terkena penyakit radang hati. Perkara ini dikongsi oleh Shaz Aziz berdasarkan pengalamannya sendiri.
Menjadi pengamal jamu sejak tiga tahun rupa-rupanya produk yang diamalkan memberi kesan kepada dalamannya. Ikuti perkongsiannya.
Sesiapa yang mengamalkan jamu & maajun. Better hati-hatilah ye. Mungkin luaran kita nampak badan kita segar bugar. Tapi dalaman boleh rosak bila tak dirawat dengan teliti.
Doktor suspek saya ada penyakit radang hati, bacaan hati saya tak normal. Permulaan check di Hospital ALT (SGPT) H277, AST (SGOT) H120, alhamdulillah sekarang dah turun sikit. Turun tapi masih dalam bacaan bahaya. Bacaan normal adalah 5/35.
Saya amalkan maajun tu hampir 3 tahun dah. baru sekarang effect pada badan.
Saya kongsikan serba sedikit simptom yang saya rasa sebelum tahu tentang penyakit ni.
– Tak boleh terlalu penat.
– kerap sakit bahgian dada. Bila kena rasa senak bahgian dada dan penafasan jadi tak normal.
– Masalah pembuangan tak normal ( bila makan, selang 5/6 minit memang akan cirit birit ).
Alhamdulillah, masih diperingkat awal. Doc sarankan rawat secara semulajadi. Kena jaga pemakanan dan pengambilan ubat.
So,hati-hatilah pada pengamal jamu-jamu moden sekarang ni. Better jumpa doktor dulu sebelum ambil apa-apa supplement.
Nota Kaki : sebelum ni dah banyak kes kritikal orang up pasal maajun tu dekat Facebook.
Selepas memuat naik status ini, ada juga yang mendakwa Shaz mereka cerita malah mengatakan beliau geng anti jamu. Bagi membuktikan perkara ini Shaz kemudian memuat naik bacaan hati ketika menerima rawatan di hospital.
Ada jugak yang kata, isu yang saya bangkitkan semalam tak ada bukti yang mengatakan saya terima rawatan di Hospital. Saya duk reka cerita sebab saya ANTI GENG JAMU dan MAAJUN.
Kalau saya ANTI kepada GENG JAMU & MAAJUN,
Saya rasa tak patut kut saya TELAN Maajun Anggun Bistari berbotol-botol sebelum ni.
Last saya ambil maajun ni 1 bulan yang lepas. Baki Maajun pun ada lagi. Ada sebotol yang memang saya tak buka langsung.
Adakah saya ni memang ANTI JAMU & MAAJUN sampai saya kena tanggung sakit itu sendiri ?
Dalam satu botol ada 21 biji,
Balance yang tinggal ada 15 biji.
Agak-agak kalau saya habiskan semua, dekat mana ye saya sekarang ?
Ini bacaan hati saya, bacaan pertama dan kedua saya waktu saya terima rawatan di kerajaan dan bacaan ketiga di KMC.
Bacaan normal
ALT ( SGPT ) : ( 3 – 35 )
AST ( SGOT ) : ( 3 – 35 )
* maaf ada kesilapan pada posting saya sebelum ni *
?? Bacaan pertama :-
ALT ( SGPT ) : H 277
AST ( SGOT ) : H 120
?? Bacaan kedua :-
ALT ( SGPT ) : H 247
AST ( SGOT ) : H 108
?? Bacaan ketiga :-
ALT ( SGPT ) : H 224
AST ( SGOT ) : H 110
Normal paling tinggi H 35, bacaan hati saya H224/H110 paling rendah buat masa ni.
Masih nak tegangkan benang yang basah ? Hentikanlah.
Semoga wanita yang amalkan jamu berhati-hati ya. Mungkin produk yang diambil dapat kelulusan tapi mana tahu produk yang kita beli ditiru atau fake oleh mereka yang tak bertanggungjawab.
Sumber: Shaz Aziz