Maal Hijrah selalu juga dijadikan sebagai titik permulaan seseorang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Orang kata tahun baru, azam baru.
Bersempena dengan Maal Hijrah, Azrinaz Mahzar Hakim telah mencoretkan sesuatu di instagram. Perkongsian ini mengajak individu yang berhijab supaya terus istiqamah. Malah bersyukurlah dengan rezeki yang telah Allah berikan.
Ads
Bukan Nak Riak
Sempena Maal Hijrah ini saya kepilkan foto yang dikirim oleh sahabat saya ketika kami berada di Masjid Buroq iaitu salah satu masjid di Al-Aqsa ? Bukan niat bersifat riak jauh sekali menunjuk. Malah ia hanya sekadar perkongsian ilmu.
Kekal dan Istiqamah
Genap dua tahun ? saya berhijrah dalam berhijab ? Moga kita semua diberi kekuatan yang berkekalan dalam istiqamah
Rezeki Pelbagai Bentuk
Rezeki tidak hanya berupa kekayaan ?Rezeki datang dlm pelbagai bentuk. Berupa kesihatan yang baik, anak-anak yg sempurna, pengetahuan yg cerdik, ketrampilan yg cantik dan sebagainya.
Bersyukur Dengan Rezeki Allah
Mohonlah rezeki padaNya dan syukur atas semua yang telah Dia berikan untukmu – Salam Maal Hijrah #buroq #alaqsa #maalhijrah #awalmuharam #hijrah #hijab
Cuaca panas sekarang ini kita memang mencari cara untuk sejukkan ruang. Salah satunya dah tentu pendingin hawa atau aircond. Tapi nak beli alat ini perlukan modal yang banyak selain itu bil elektrik juga akan meningkat bila menggunakannya.
Sebab itulah ramai yang sanggup bertahan saja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang kala panasnya sampai ke malam hari hingga tidur pun sukar kerana hangat dan berpeluh.
Bagi mengatasi masalah bahang untuk kediaman yang tiada pendingin hawa anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan rasa panas dalam rumah.
1. Letak ais ketul dalam bilik
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ini depan kipas.
Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekali gus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Cubalah, ais ketul kan ada jer kat rumah.
2. Letak besen berisi air dalam bilik
Kenapa bilik air sejuk, inilah sebabnya. Dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air.
Jadi kita buat perkara yang sama di dalam bilik atau ruang rumah yang lain tapi jangan pula siram air di lantai rumah. Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Letak lebih, bukan sebesen ya!
Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi.
Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
3. Halakan kipas ke arah tingkap
Bila cuaca panas, hari malam bilik akan rasa bilik rasa berkuap atau bahang. Angin kipas dalam bilik pun rasa panas kerana sebab udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.
Pasang kipas laju pun keadaannya sama saja, malah makin bahang. Untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini boleh gunakan kipas berdiri.
Pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.
4. Guna lampu dari jenis kurang memancarkan haba
Disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.
Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik. Selain itu padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.
5. Letakkan pokok ekor kucing dalam rumah
Selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang.
Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.
6. Beli pelembap udara
Beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.
Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
TIP EKSTRA
7. Tukar cadar
Untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.
8. Tutup langsir
Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.
9. Tidur bahagian bawah
Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Sejak menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan sampai sekarang nama Lan Pet Pet masih disebut oleh kita biar pelawak baru silih berganti. Paling diingati sudah tentu bunyi trompet yang menjadi trademark dirinya.
Telah banyak menghiburkan kita terutama ketika bersama dengan Kumpulan Senario sebenarnya ada sisi lain yang ramai tak tahu tentang pelawak yang pekat dengan loghat Utara ini.
Perkara ini dirungkai oleh Imam Muda Asyaraf dalam satu entrinya di instagram bila dia mendedahkan sebab mengapa setiap kali berjumpa dengan Lan Pet-Pet dia akan meminta pelawak ini mendoakan dirinya.
Ia ada kena mengena dengan sikap Lan Pet Pet sendiri yang banyak mengutamakan ibu dalam hidupnya.
Kisah Lan Pet Pet berkorban demi ibunya
Jika jumpa dengan Abg Lan Pet Pet saya pasti minta doa dari beliau. Ya. Biar apa orang kata. Setiap kali jumpa saya mesti suruh Abg Lan Pet Pet doakan saya. . . Ada org pernah tanya kenapa?. . . Saya yakin dan pasti. Krn terdapat byk riwayat hadith sebut tentang maqbulnya doa seorang insan jika ia berkhidmat kepada ibu dan ayah dengan baik. . . Inilah yang dijadikan tajuk bab bagi Imam Bukhari terhadap 3 org yang maqbul doanya setelah terperangkap di dalam gua. Serta betapa maqbulnya doa Uwais Al-Qarni setelah diteliti sejarah hidup beliau yg sangat menyantuni ibunya. . . Abg Lan Pet Pet yg sy kenali seorang yang sanggup membujang lama hanya kerana mahu berkhidmat kepada ibunya. Menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan hanya semata kerana ingin membantu ibunya. Banyak lagi kisah beliau bersama ibunya yang tak mampu dicatat. . Namun hakikat adab manusia walau bertaraf ustaz sekalipun tak perlu malu untuk menuntut doa dari sesiapapun. Walau beribu org datang meminta doa darinya. Tak salah kita juga meminta org lain mendoakan kita. Sedangkan Nabi penuh tawaduk pernah menyuruh Umar mendoakan Nabi SAW saat Umar musafir. Apatah lagi kita.
Cerita yang menginspirasikan
Pada itu entri Imam Muda Asyraf itu juga mendapat respon dari ramai peminat yang terkesan dengan kisah Lan Pet Pet
@eyzvaramly_Allahuakhbar..! Baru sy tahu banyak keberkatan yang Allah SWT berikan kepada anak lelaki yang sanggup berkorban demi ibunya..! @imammudaasyraf & @lanpetpet ini satu peringatan dan didikan untuk saya, Alhamdulillah sy punya isteri yang sudi menjadi menantu dan sahabat kepada ibu saya…semoga Allah SWT makbulkan harapan saya untuk menjaga ibu bersama isteri hingga akhir hayat nya..! Insya-Allah..! Aamiin..!
@mrsoulleh_Alhamdulillah thanks Ustaz @imammudaasyraf for the reminder ?? Semoga dapat mencontohi budi pekerti Nabi, Para sahabatnya, abg @lanpetpet dan yang lain menyantuni ibu bapa selagi mereka masih hidup mahupun yang sudah tiada..Aamiiinnn
@ummul.mursyida_Such inspiring true story. Thank you for sharing ustaz. Semoga keduanya dlm lindungan Allah
@themiqamaritz_Sebak saya baca caption ustaz @imammudaasyraf dan @lanpetpet .. tlg doakan utk makbapak sy jugak ustaz.. sy nak mak sy sihat..ceria..dan bahagian dunia akhirat. Semoga bapak sy bersama2 org yg beriman dan beramal soleh..?
Semoga kita beroleh manfaat dari kisah Lan Pet Pet ini.
Niat di hati membawa anak kecil ke masjid terutama di bulan Ramadan untuk bertarawih agar mereka mencintai rumah Allah dan sentiasa mahu datang ke sini.
Namun hakikatnya bukan sebegitu mudah. Kalau dah namanya anak kecil memang sukar duduk diam hingga seringkali kita dengar keluhan anak-anak ini berbuat bising mengganggu jemaah lain menunaikan solat.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak yang ‘behave’ dan boleh duduk diam di sisi ibu bapa mereka sampailah selesai solat tarawih.
Macam mana ya nak didik anak begini? Salah satu caranya anda boleh ikut apa yang dikongsi oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Membawa dua anak kembarnya ke masjid untuk solat tarawih, mereka ‘behave’ di sisi semasa bapa mereka solat. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar untuk memastikan anak-anaknya yang berusia dua tahun itu selesa dan tenang sepanjang dia menunaikan solat ada 5 tip yang dipraktikkan.
5 tip bawa anak kecil ke masjid untuk solat tarawih
Solat tarawih bersama anak lelaki. Mengejutkan hari ini, anak lelaki saya cukup baik. Adam dan Noah duduk elok di tepi saya semasa saya solat. Alhamdulillah.
5 tip jika nak bawa anak solat tarawih ke masjid:
1. Bersedia Bawa susu, lampin pakai buang, mainan kesukaan mereka. Kita tak tahu bila mereka memerlukannya jadi sentiasalah bersedia.
2. Cari sudut hujung Supaya anak tidak mengganggu jemaah lain solat tarawih.
3. Sentiasa awasi anak Jangan biarkan anak-anak berjalan-jalan atau merayau sendiri di dalam masjid.
4. Jika anak menangis Jika anak menangis, bawa mereka keluar dan tanya puncanya. Mereka mungkin lapar atau tidak selesa kerana lampin penuh. Jangan biarkan anak terus menangis hingga mengganggu jemaah lain. Sambung solat tarawih selepas anak-anak tenang.
5. Makan sebelum ke masjid Pastikan anak-anak kenyang sebelum bawa mereka ke masjid, sekiranya mereka tidur biarkan saja mereka lena.
Bawa anak ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat tarawih adalah latihan terbaik untuk anak. Ini adalah proses pembelajaran awal bagi mereka untuk mendirikan solat.
Fuel pump atau pam minyak merupakan antara elemen penting komponen dalaman kereta anda. Ia berfungsi membekalkan bahan api yang diperlukan oleh enjin dengan konsisten...