Kereta bila dah lama guna bukan saja cat makin pudar, bahagian dalam pun sama. Ini termasuklah bahagian panel pintu kereta dan juga dashboard. Nampak kusam dan juga kotor.
Memang ada banyak saja produk pembersih yang boleh digunakan untuk membersihkan bahagian ini tapi kalau nak jimat kita pun boleh DIY bahan pencuci sendiri.
Dikongsi oleh Radi Apiz dengan hanya mengggunakan campuran bahan yang sedia ada di rumah iaitu cuka dan baking soda dia membersihkan panel pintu kereta yang hasilnya berkesan.
Saya nak share tentang penjagaan panel pintu kereta. Mesti ramai yang tak kisah dengan panel pintu sebab tak nampak kotor kan. Ok tengok pada pic di bawah ni.
Ni panel pintu kereta myvi. Panel pvc nya berwarna terang. Kita x perasan kalau warna tu semakin gelap sebab melekat kotoran. Tapi bila dicuci dgn sabun khas utk pvc, berus sikit, kemudian lap dengan kain microfibre dah nampak bersih.
Buat separuh macam ni barulah nampak perbezaannya. Caranya;
1.Ambil cuka, baking soda, campurkan dan bubuh air suam.
2. Masukkan dalam botol spray kemudian spray pada panel PVC. Berus manja-manja kemudan lap dengan kain microfibre.
Selain panel pintu boleh juga buat cuci dashboard dan apa-apa PVC dalam kereta.
Selamat mencuba.
Sumber: Radi Apiz