Kalau Che Ta yang ada banyak koleksi beg pun terpegun inikan pulak kita. Tapi memang seronok tengok gelagat dua perempuan kaya ini bila bertemu.
Che Ta atau Rozita Che Wan dalam entrinya di instagram baru-baru ini telah berkongsi video bilik wardrobe Datuk Seri Vida sewaktu berkunjung ke rumah pengasas produk itu untuk satu program terbitannya.
Memang terpegun tengok koleksi beg DSV ni kan. Nak tengok cerita penuh kenalah tunggu bulan Ramadan nanti, bila proram Cuit Cuit Che Ta di ditayangkan.
Berpisah dalam tempoh lama dengan anak sudah pasti menerbitkan rasa rindu, apatah lagi anak sulung. Demikian perasaan Norman Hakim dan bekas isteri Abby Abadi buat Danish Hakim yang telah menyambung pengajian di Turki beberapa lama.
Semalam Danish pulang ke tanah air dan disambut oleh Norman serta Abby. Video kepulangan itu dimuat naik oleh kedua-duanya dan mendapat perhatian netizen. Menonton dua video yang dimuat naik dengan latar belakang lagu nyanyian Sudirman membuatkan perasaan sebak.
Selepas tujuh hari kelahiran anaknya, semalam Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid mengumumkan nama untuk puteri mereka.
Siti Aafiyah Binti Khalid nama diberi bagi menggantikan panggilannya Fatimah Az Zahra selama seminggu lalu.
Kata Siti nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.Bermaksud segala yang baik-baik saja, ilham untuk nama tersebut tercetus ketika pasangan ini menunaikan umrah tahun lalu.
“Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.
“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” kata Siti dalam majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri.
Sementara itu Datuk Khalid atau Datuk K, tidak berselindung dengan perasaannya yang terlalu gembira bila melihat hasrat isteri untuk bergelar ibu akhirnya tercapai.
“Happy sangat tengok hasrat Siti yang sekian lama nak jadi ibu tercapai. Perasaan saya bercampur baur, gembira, sedih kerana doa kami termakbul.
“Jika Siti menanti 11 tahun, saya menanti lebih lama hampir 18 tahun untuk dapat anak perempuan.
“Sebenarnya selepas rumah ini siap semua anak ada bilik masing-masing dan ada bilik disediakan untuk anak perempuan. Selepas sekian lama baru sekarang ia dihuni,”ujar Datuk K.
Hilang sakit bila anak depan mata
Dalam majlis itu juga Siti berkongsi pengalaman bersalin dan detik detik yang dilalui selepas tujuh hari bergelar ibu.
“Inilah impian dan doa saya yang menjadi kenyataan. Dulu usap-usap perut kini dah ada depan mata. Syukur kerana dia dilahirkan sempurna.
“Pengalaman melahirkan setiap wanita itu berbeza. Saya sendiri kehilangan banyak darah waktu bersalin tapi dengan kecekapan doktor yang merawat saya dapat dipulihkan.
“Saya ditahan satu hari di wad bersalin dan hari ketiga alhamdulillah saya dah boleh berjalan. Walaupun bersalin secara caesarean saya kuatkan diri dan semangat.
“Saya tak boleh terlalu takut untuk berjalan walaupun tahu ada luka. Tapi bila lihat bayi depan mata hilang segala sakit,”ujarnya.
Menantu ajar cara susukan bayi
Biarpun mengambil khidmat penjagaan berpantang Natalis ujar Siti dia turut dibantu oleh ibu dan juga ibu mentuanya. Malah turut mendapat sesi nasihat penyusuan istimewa dari menantunya Tya Ariffin.
“Saya bertuah ada ibu dan ibu mentua yang tinggal bersama. Saya ambil petua dari mereka. Tapi saya rasa cabaran besar selepas melahirkan adalah untuk susukan anak.
“Ya Allah, bukan senang. Tapi bila fikir mak saya boleh susukan lapan orang anak, kenapa saya seorang anak saja nak mengeluh.
“Saya juga bersyukur menantu banyak tolong saya dalam hal penyusuan. Dia beri tunjuk ajar apa yang perlu saya buat, apa yang perlu saya makan, pasangkan mesin dan sebagainya.
“Dia macam cikgu. Selalu mak yang ajar anak untuk susukan bayi, saya special sikit, menantu yang ajar,”ceritanya.
Cuma tidur tiga jam
Akui Siti lagi selama menjadi ibu, dia juga sudah mula berjaga malam untuk menjaga dan menyusukan bayinya.
“Macam hari ini saya cuma tidur 3 jam saja sebab anak saya jenis yang siang tidur malam berjaga.
“Semakin dia membesar, dia makin kerap nak menyusu badan. Jadi sebagai ibu kena berkorban, sebab nak anak kita sihat,”ujarnya.
Siti selamat bersalin pada 19 Mac lalu secara pembedahan. Aafiyah dilahirkan dengan berat 3.55kg di Hospital Glen Eagle, Kuala Lumpur. Berita kelahiran anak penyanyi nombor satu tanah air ini disambut gembira oleh netizen.
Setelah beberapa tahun aktivis wanita Arab Saudi memperjuangkan hak mereka, perintah yang dikeluarkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud membenarkan wanita memandu kereta mulai Jun 2018 dianggap satu kejayaan besar.
Keputusan bersejarah itu menjadikan Riyadh negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan.
Selain kebenaran memandu sebenarnya dalam tempoh beberapa tahun ini sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang sudahpun mampu dilakukan oleh wanita Arab yang mana sebelum ini tidak dibenarkan.
Perkara yang boleh dilakukan oleh wanita Arab
Sudah dibolehkan mengundi dalam pilihan raya– pada tahun 2015 mereka dibenarkan mengundi dalam pilihan raya perbandaran atau municipal election.
Dilantik jadi penasihat dewan atau majlis – sekurang-kurangnya 17 wanita sudah dilantik semasa pilihan raya perbandaran pada tahun 2015.
Boleh melanjutkan pengajian di kolej– pada tahun 2015 laporan mendapati lebih banyak pelajar wanita berada di universiti berbanding wanita.
Dibenarkan menyertai sukan dan bertanding di Sukan Olimpik – Arab Saudi menghantar dua peserta wanita dalam sukan Olimpik 2012 dan, empat orang pada tahun 2016.
Perkara yang tidak dibenarkan
Dalam pada itu berbeza dengan wanita di Malaysia dan negara lain, perkara berikut tidak dibenarkan dilakukan oleh kaum hawa di Arab Saudi.
Berkahwin, bercerai, melancong, membuka akaun bank, bekerja atau membuat pembedahan tanpa kebenaran penjaga lelaki atau mahram.
Bergaul bebas dengan lelaki – kecuali di tempat tertentu seperti hospital, bank dan kolej perubatan.
Keluar dari rumah tanpa memakai abaya hitam atau jubah longgar yang menutup aurat wanita.
Membuka perniagaan tertentu tanpa sokongan lelaki- wanita Arab Saudi yang mahu membuka perniagaan memerlukan paling kurang dua sokongan dari kaum lelaki sebelum boleh memohon pinjaman atau lesen.
Hak penjagaan anak selepas perceraian – hanya diberi hak penjagaan selepas anak mencapai usia tujuh tahun untuk lelaki dan sembilan tahun untuk anak perempuan.
Memohon passport tanpa kebenaran mahram
Tidak dibenarkan makan di restoran yang tiada pemisahan untuk bahagian keluarga -kebanyakan restoran di sana mempunyai bahagian untuk keluarga yang memisahkan mereka dari makan bersama lelaki. Wanita juga mempunyai pintu masuk yang berbeza.
Jenis kurma antara yang selalu dipertimbangkan ketika membeli buah yang laris di bulan Ramadan ini.Terdapat pelbagai jenis kurma yang ada di pasaran, namun berikut...