Macam Di Pejabat! Ibu Ini Kongsi Idea Guna Partition RM2.10 Di Meja Makan Supaya Anak Lebih Fokus Waktu PdPR

Share

Bila ada lebih dari seorang anak yang sekolah pening juga nak uruskan PdPR mereka. Terutama untuk anak sekolah rendah, yang perlu kita perhati dan perlu dibantu.

Bagi memudahkan para ibu terutamanya mungkin boleh gunakan idea daripada Hazlina Harumaini

. Beliau menyatukan anak di meja makan untuk sesi belajar online namun untuk memastikan anak fokus dia meletakkan partition! Sekali pandang macam di ruang pejabat atau cyber cafe.

Menariknya ibu yang WFH juga boleh duduk sekali. Senang untuk pantau sambil buat kerja.

Station online anak, letak partition supaya boleh fokus

Waktu ini dah habis sesi belajar, sebab itu ada penampakan Roblox di situ.

Ini cara saya buat station online anak-anak. Sebab semua nak berkumpul dekat-dekat terpaksalah guna dining table untuk kegunaan empat orang. Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ini.

Barang untuk partition boleh beli di kedai Eco Magic Cube. Harga cuma RM2.10 sekeping, dan didatangkan dengan connector untuk sambung dan lock supaya tak bergerak.

Boleh juga beli secara online di Shopee. Klik SINI untuk beli.

 

Semoga bermanfaat

Sumber: Hazlina Harumaini

Published by
VK