Hujung minggu ni ramai yang dah nak balik kampung untuk sambut raya. Salah satu masalah kaum wanita terutama sekali jika sudah berkeluarga ketika hendak pulang ke kampung atau bercuti dalam tempoh lama adalah untuk mengemaskan barang.
Sering terjadi barang yang perlu dibawa tidak cukup untuk dimasukkan di dalam beg walau pun beg dah besar. Sudahnya kita akan bawa beberapa biji beg untuk pulang ke kampung. Itu baru nak letak pakaian, belum masuk lagi kuih raya dan alatan lain.
Boleh ikut cara packing ini
Agar semua barang yang diperlukan boleh dibawa bersama walaupun banyak, anda mungkin perlu mengikut cara packing yang cepat lagi efisyen oleh Rachel Grant ini.
Pelakon dan bekas Gadis Bond ini telah memuat naik video di Youtube memaparkan cara menyimpan dan memasukkan 100 barang sebahagian besarnya adalah pakaian serta keperluan wanita lain dalam sebuah beg travel yang kecil.
Antara caranya adalah dengan mengumpul dan memasukkan beberapa barang dalam zip lock dan bekas khusus sebelum disimpan di dalam beg.
Tip selebihnya ikuti video ini.
Sumber www.dailymail.co.uk
Cara Buat Stiker Nama Anak Untuk Tampal Pada Buku Sekolah
Antara rutin bila anak masuk sekolah adalah adalah menulis nama anak pada buku. Walaupun dah seminggu, ada lagi yang belum siap tulis nama.
Kalau ada 30 buku lenguh juga tangan kan mulalah tulisan jadi tak cantik. Jadi untuk mudahkan cara ibu bapa boleh buat stiker nama anak. Modal pun tak banyak cuma beli print label saja. Boleh cuba ikut perkongsian Lyne Aziz.
Langkah 1
Beli Self-Adhesive (19mm x 50mm) (Kod: 1012). Harga di Mydin RM1.40
Langkah 2
Muat turun template berikut; pilih nama yang berkenan
Teacher – https://drive.google.com/open…
Ejen Ali – https://drive.google.com/open…
Frozen Elsa – https://drive.google.com/open…
Frozen Anna – 4 Lines https://drive.google.com/open…
Little Pony – https://drive.google.com/open…
Spiderman – https://drive.google.com/open…
Hello Kitty – https://drive.google.com/open…
Langkah 3
– Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H).
– Tekan Ctrl+H
– Isi nama “HASLINA AZIZ” di ruangan “Find what” dan nama anak tuan/puan di ruangan “Replace with”.
– Klik “Replace All”
– Ulang step sama untuk replace nama kelas dan sekolah.
Langkah 4
– Utk tukar gambar lain
– Save gambar yang diinginkan.
– Highlight semua gambar asal, double click dan klik “Change picture”.
– Pilih gambar baru yang ingin ditukar dan tekan “Insert”
Langkah 5
Print, siap!
Hasilnya
Selamat mencuba!
Sumber: Lyne Aziz
Cara Baja Pokok Dalam Pasu Untuk Yang Baru Belajar Bercucuk Tanam
Sejak Covid 19 melanda, ramai yang mula belajar bercucuk tanam untuk mengisi masa bila tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Bagi yang baru belajar menanam ini, ilmu membaja juga perlu ada. Barulah tanaman subur dan menampakkan hasil terutama bagi yang menanam pokok dalam pasu atau bekas.
Boleh jadikan perkongsian Mohd Azrin Roselan sebagai panduan.
Tip panduan membaja untuk pokok dalam pasu atau bekas untuk beginner
Perkongsian tip ini adalah umum. Boleh dijadikan rujukan untuk beginner. Masa saya mula-mula dahulu tertanya-tanya jugak.
Macam mana nak baja? Berapa banyak baja nak guna? Bila nak baja? Berapa kerap nak baja?
Pokok boleh baja selepas 2 minggu atau lebih selepas tanam. Kalau semai biji benih boleh mula membaja selepas daun 4 hingga ke 5 helai. Ini adalah panduan umum. Bergantung kepada keadaan pokok.
Cara membaja tanaman dalam pasu
1. Gemburkan tanah. Tanah akan menjadi padat selepas disiram air. Kita nak longgar tanah bertujuan baja yang ditabur mudah menyerap ke dalam tanah.
2. Ambil baja dalam 1 sudu ke 2 sudu bergantung kepada usia pokok. Kalau pokok muda boleh separuh sudu.
Jika tidak mempunyai rujukan pada baja yang dibeli. Kadang-kadang beli baja tak ada label yang loose pack. Sebaiknya ikut panduan aturan pembajaan yang tertera pada peket baja.
3. Tabur sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok untuk elak batang pokok lecur terkena baja. Mengalak akar bercambah.
4. Siram air secukupnya selepas membaja. Tanah media yang baik, airnya tidak bertakung. Sambil membaja bolehlah berselawat.
Ulang pembajaan 2 minggu sekali. Jika nampak sesuatu tidak kena pada pokok selepas pembajaan boleh kurang kuantiti baja.
Moga-moga panduan umum untuk beginner ini boleh dijadilan rujukan. Selamat bercucuk tanam.
Sumber: Mohd Azrin Roselan
Tip Tanam Lada Solok Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit, Daun Tak Kerinting
Cili solok atau lada solok ini popular di Kelantan tapi nak cari di luar negeri Cik Siti Wan Kembang memang payah sikit. Cili jenis ini tak berapa pedas dan banyak diguna dalam masakan, yang paling popular solok lada.
Kalau susah sangat nak jumpa, apa kata cuba tanam sendiri. Boleh ikut perkongsian Ben Safwan ini.
Tip pokok lada solok berbuah lebat
Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat, tahan penyakit seperti lalat buah, bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.
1. Semai dari anak benih atau nak senang,terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan dah di Sopi Ben. Dah stabil dah subur.
2. Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 beg tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.
Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.
3. Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.
4. Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus. Pokok cili suka cahaya terus.
Cara siram dan pembajaan serta tip
- Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang.
- Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.
- Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.
- Bila buah dah lebat,stop dulu baja buah. Teruskan dengan baja subur.
- Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar
- Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah, sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat. Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun.
- Jangan lupa cakap-cakap dengn pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah. Gitu.
Sumber: Ben Safwan