Maggi Kari Versi Tumis Yang Pedas ‘Terangkat’ Tapi Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Share

Stok Maggi Kari yang sinonim dengan hidangan hujung bulan ini memang sentiasa ada di rumah. Ini juga makanan kalau lapar malam hari.

Selalu bila masak mi ini sama kita rendam atau rebus tapi apa kata hujung bulan ini kita tukar sikit cara masak. Kita buat Maggi Kari versi tumis yang pedas ‘meletop’.

Maggi kari biasa pun dah pedas, yang ini tambah pula cili api memang terangkat! Caranya dikongsi oleh Syazlin Mansor.

Maggi kari versi tumis pedas terangkat

Bahan-bahan:
2 bungkus Maggi kari
Bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi

Cara membuat:

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, gaul sekali dengan rempah kari Maggi.

2.Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, masukkan air ikut suka sama ada nak banyak kuah atau tak, tunggu sehingga mendidih.

3. Apabila kuah mendidih, masukkan mi Maggi dan biar hingga mi lembut sebelum pecahkan telur. Biar telur masak kemudian tutup api. Boleh juga kalau nak masukkan sayur atau sosej.

Siap!

Sebaiknya buat Maggi ini bila anak dah tidur atau pergi sekolah ya!

Sumber: Syazlin Mansor

Published by
VK