Sesiapa yang merupakan graduan Universiti Teknologi MARA pasti masih ingat mengenai sahsiah rupa diri yang selalu ditekankan di kampus. Setiap Isnin dan Jumaat jika hendak ke kelas atau berada di kawasan kampus, perlu berpakaian mengikut tataterbit berpakaian yang sudah termaktub dalam peraturan untuk semua mahasiswa.

Setiap Isnin dan Jumaat kena pakai baju kebangsaan misalnya baju Melayu bagi lelaki atau baju kurung bagi wanita. Inilah yang menjadi pakaian rasmi bagi UiTM yang menggunakan motto UiTM Di Hatiku.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah menulis status mengenai tindakan disaman walaupun berpakaian mengikut sahsiah rupa diri. Malah ada mahasiswa yang memakai jubah pun hendak disaman mungkin kerana tidak memakai baju kurung. Kekesalan mahasiswa itu adalah kerana terpaksa membayar saman walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Mahasiswa UiTM Tweet Sebab Kena Saman, Naib Canselor Sendiri Terus Bagi Komen Positif

Ads

Status itu mendapat perhatian daripada Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said. Menurut beliau, UiTM memandang serius terhadap aduan yang diberikan. Siasatan akan dilakukan terhadap aduan tersebut yang berlaku di UiTM Machang. Ini adalah supaya isu saman pelajar tanpa asas munasabah tidak berlaku lagi.

 

Mahasiswa UiTM Tweet Sebab Kena Saman, Naib Canselor Sendiri Terus Bagi Komen Positif

 

Ads

Reaksi mahasiswa

Apabila tweet ini mendapat perhatian daripada Naib Canselor UiTM sendiri, maka ramai yang memberikan reaksi di laman sosial tersebut. Selain sahsiah rupa diri, rupa-rupanya ramai mahasiswa yang tidak berpuas hati terhadap saman tempat letak kereta. Ruang letak kereta yang tidak mencukupi menjadi persoalan mereka. Ini kerana tempat letak kereta kebanyakannya dikhaskan untuk kakitangan sahaja.

 

Pelajar dahlah tak kerja, harap PTPTN je

Mahasiswa UiTM Tweet Sebab Kena Saman, Naib Canselor Sendiri Terus Bagi Komen Positif

 

Ads

Motosikal tak perlu saman sebab tak ganggu lalulintas

Mahasiswa UiTM Tweet Sebab Kena Saman, Naib Canselor Sendiri Terus Bagi Komen Positif

Rela bayar parking daripada disaman

Mahasiswa UiTM Tweet Sebab Kena Saman, Naib Canselor Sendiri Terus Bagi Komen Positif

Susah nak parking, full selalu

Mahasiswa UiTM Tweet Sebab Kena Saman, Naib Canselor Sendiri Terus Bagi Komen Positif

 

VK puji sungguh tindakan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said. Beliau memberikan respon yang pantas terhadap aduan mahasiswa. Lagipun mungkin zaman sekarang ni, mahasiswa menggunakan medium laman sosial untuk bersuara terutama menyampaikan perkara yang kurang mereka puas hati. Zaman kan semakin mudah. Ini salah satu cara mudah untuk membuat aduan. Mana yang penting, pihak atas ambil respon.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI