Tinggal di rumah kampung bersama orang tua, tapi hati teringin nak gaya moden. Berbekal minat, sedikit kemahiran dan juga rujukan dari YouTube pasangan suami isteri Azizi Anuar dan TgSH Husna lantas mengubah suai rumah papan yang didiami bersama orang tua mereka.
Bermula dari PKP, make over kediaman yang terletak di Dungun Terengganu dilakukan sedikit demi sedikit, dari ruang tamu, dapur, bilik solat dan bilik anak. Paling menarik mereka berdua melakukannya sendiri dari awal hingga akhir walaupun tiada latar belakang pertukangan.
Menurut Azizi ia bermula dari suka-suka, ubah suai dilakukan kerana mahukan gaya moden dalam kediaman. Berikut adalah tranformasi kediaman rumah papan gaya moden hasil kerja tangan Azizi dan isteri. Semoga memberi inspirasi kepada yang bercadang mengubah suai kediaman.
SEBELUM
SELEPAS
Dapur
Ruang tamu
Ruang solat
Ruang belajar anak
Sumber: Azizi Anuar dan TgSH Husna & Ziandnamalaysia
Masak Pulut Kuning Cara Orang Kelantan. Sedapnya Memang Lain & Tetap Lembut Walau Sejuk
Pulut kuning hidang dengan rendang atau sambal memang mantap gabungannya. Ini antara menu sarapan yang ramai suka.
Kalau memang dah biasa buat pulut kuning, apa kata hujung minggu ni kita buat pulut kuning yang lain sikit rasanya. Masak pulut kuning cara orang Kelantan.
Selalu pulut kuning akan ada rasa lemak dan masin-masin sikit tapi kalau masak cara Kelantan akan ada tambahan rasa manis sikit, memang sedap. Kalau nak cuba, ikut perkongsian Ismi Aishah.
Masak pulut kuning cara Kelantan
Alhamdulillah…Sarapan dengan pulut kuning dan rendang pagi ni. Pulut kuning orang Kelantan ada manis, masin, lemak santan. Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri itu rahsia pulut sedap kot.
Bahan-bahan
1 kg- beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar garam kasar
2 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
Sedikit pewarna kuning telur
Cara memasak:
1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata (arung sekejap saja).
4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5) Boleh masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, tak nak pun tak apa.
Siap. Kalau ikut cara ini pulut akan tetap lembut walaupun dah sejuk. Untuk yang baru belajar masak pulut insya-Allah menjadi jika guna resepi ini.
Selamat mencuba.
Sumber: Ismi Aishah
DIY Bajet Untuk Cantikkan Pintu Rumah. 3 Pintu Baru RM100
Ruang dalam rumah dah elok dihias tapi kita selalu lupa bahagian pintu. Sejak beli dan duduk dalam rumah sendiri biasanya pintu rumah jarang kita tukar.
Tapi kalau sampai satu masa kita pun dah rasa Kalau dah mula rasa pintu lama perlu dimakeover supaya nampak lebih cantik dan ikut deko ruang boleh guna ide daripada Shaifuddin Shaffie ini.
Simple saja, sesuai kalau nak pintu cantik tak bajet tak banyak.
Barang yang diperlukan
Kayu moulding (beli di Shopee)
Gam kayu (beli di Shopee RM60++)
Ukuran frame
-Atas 2 x 2 kaki
-Tengah 2 x 1 kaki
-Bawah 2 x 2 kaki.
Cat – guna easy colour exclusive, code Q31 RM33 1 liter.
Kos sekali cat RM100 untuk 3 pintu.
Sebelum
Ukur dan potong kayu ikut ukuran. Kemudian lekat guna gam kayu. Salotape supaya frame kekal pada kedudukannya. Biarkan dulu supaya gam melekat sepenuh.
Kemudian bolehlah dicat ikut warna pilihan. Dah cantik!
Boleh juga buat frame begini
Sumber : Shaifuddin Shaffie
Berjaya Turunkan Berat Badan 13KG Sejak Februari Lalu, Ini Tip Diet Dikongsi Pasangan Suami Isteri!
Tidak dinafikan, berat badan berlebihan akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk urusan solat.
Dan sememangnya proses menurunkan berat badan akan jadi tertangguh tanpa adanya teman yang sama-sama mahu berdiet.
Namun bagi Eka Harun beruntung dia dan suaminya sama-sama berjaya turunkan berat badan sekitar 13 Kilogram sejak mula berdiet pada Februari lalu.
Menurut Eka, dia mula berdiet kerana mengikut jejak langkah suaminya, di samping mengikut saranan doktor untuk mendapat haid yang teratur.
Sebelum itu berat badannya ialah 90 kilogram, manakala suaminya pula sekitar 120 kilogram.
Setelah melakukan amalan ini, berat telah berkurangan dan badan jadi lebih sihat serta memudahkan untuk melakukan ibadah. Malah penyakit semput yang dialami juga telah hilang.
Begitu juga penyakit darah tinggi dialami suami sudah beransur hilang. Tidak lagi makan ubat darah tinggi dan tekanan darah juga semakin baik.
Tip Berjaya Lenyapkan 13 Kilogram Dalam Masa 9 Bulan
1. Tiada diet ekstrem
Makan seperti biasa tetapi mengamalkan diet makan suku-suku separuh. Tidak ambil air manis langsung kerana dalam pemakanan sudah ada gula.
2. Bulan pertama buat ‘eat clean’
Ketika ini hanya makan yang rebus dan grill sahaja. Berjaya menurunkan berat badan sehingga 5 kilogram.
3. Elak makanan berminyak
Selain tidak minum air manis, elakkan makanan makanan bergoreng seperti pisang goreng, keledek goreng, keropok lekor. Begitu juga elak terus minum aiskrim atau air kotak.
4. Rajin lakukan senaman
Untuk diet kena disiplin dan tanam azam dengan melakukan senaman. Jika terlajak makan, pasti akan buat senaman. Boleh dikatakan setiap hari akan lakukan senaman selama 30 minit atau satu jam.
Paling cepat selama 15 minit. Tidak kisah apa-apa senaman seperti tabata, zumba atau kardio janji membakar lemak. Selain itu suami juga turut lakukan senaman dengan berjalan kaki di tempat kerja dan mengangkat berat ketika berada di rumah.
Artikel berkait:
Kebaikan Intermittent Fasting Bukan Je Untuk Kurus Tapi Elak Kanser
13 Tahun Amal Sup KUrus Rahsia Ibu Anak 4 Maintain Berat 45KG