Selepas sebulan majlis ijabkabul pelakon terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran di Kuala Lumpur, semalam berlangsung majlis resepsi pasangan pengantin baru ini di Indonesia.
Diadakan di InterContinental Hotel & Resort Bandung, majlis tersebut turut berlangsung secara tertutup dihadiri hanya 300 tetamu saja.
Unik, Bella pilih busana pengantin jumpsuit
Bella tampil menawan busana pengantin unik daripada jump suit dengan rona blush dihiasi kristal dan juga batu swarovski. Dibaluti dengan jubah panjang warna senada, Emran pula bergaya dengan suit kontra rona coklat.
Ads
Laudya yang kelihatan mengenakan solekan warna nude menggayakan busana dari Ayu Dyah Andari pasangan ini tiba jam 5.30 petang di The Diamond Wedding Hall.
Ads
Kaitan Isabella dan Bella
Menariknya dalam acara resepsi ini, Emran dan Bella menerima membuat kejutan romantis apabila Amy Search didatangkan khas dari Malaysia untuk mendendangkan lagu Isabella yang mana nama Bella itu sendiri menurut ibunya terinspirasi dari lagu tersebut.
Baru-baru ini tular mengenai kes samun di kedai dobi. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dua lelaki bersenjatakan parang merompak seorang wanita yang merupakan pelanggan kedai dobi itu. Suspek mengambil beg tangan dan barang berharga wanita itu dan kemudian melarikan diri.
Terkini, ibu kepada salah seorang suspek telah menyerahkan anaknya ke balai polis. Pada zaman sekarang, kejadian yang tular memang mudah dikesan. Apatah lagi apabila ibu kepada suspek turut meluahkan perasaannya di laman facebook.
Luahan hati ibu yang menggunakan akaun Intan Payung ini telah banyak dikongsi dan mendapat lebih seribu komen.
Penat lelah ibu tak dipeduli
Di mnakah salah dan silapku sbg seorang ibu telah ku curahkan segalanya buat ank2 tersayang.. Namun apakn daya segala pengorbanan dan penat lelah seorang ibu x diambil peduli..mengapakah jln mudah yg diambil.. Andainya ada salah silapku dlm mendidik mereka sblom ini kau berikn lah petunjuk buat mereka agar dibukakan pintu hati mereka kearah kebaikan.. Sesungguhnya hanya padamu aku meminta pertolongan dan berserah..kau makbulkn lah permintaan ibu yg daif ini Ya Allah…. Berikn lh ketenangan dan hidayah buat ank2 ku.. Agar mereka mnjadi ank2 yg berguna pd masyarakat serta mentaati segala perintah mu Ya Allah..
Tak kuat lagi hadapi ujian
Rasanya diri ini x kuat lgi utk menghadapi ujian yg kau timpakn pd diriku ini.. Walaupun ku cuba utk tabah namun air mata tetap mengalir membasahi pipi.. Apakn daya sudah suratan takdir begini.. Sampai bilakah uijian mu buat diriku akn berakhir Ya Allah… ??????setiap dlm solatku selalu ku panjatkan doa. Agar diberikan ketenangan dan kesabaran namun hari ini hatiku hancur lebur oleh sikap ank yg x berfikir panjang dlm sesuatu yg dilakukan..
Inilah hakikat hati sekarang
Ya Allah… Aku sudah TIDAK KUAT lgi Ya Allah… Maaf pda semua andai coretan ini menganggu tp ini lh hakikatnya hatiku sekarang.. Memang sudah tidak kuat lagi menerima dugaan..
Namun… Kecaman Yang Diterima
Luahan hati ibu ini menerima simpati daripada orang ramai. Namun tidak kurang juga ramai yang memberikan kecaman. Mereka menyatakan lebih baik wanita ini berdoa di atas sejadah berbanding di laman sosial.
Doalah di sejadah
Apa motif doa di facebook?
Namun, ada yang tidak setuju dengan tindakan netizen yang mengecam ibu suspek.
Tolonglah jangan kecam puan ni
Share Resipi Pun Kena Kecam
Selepas meluahkan perasaannya dalam facebook, Intan Payung telah memuat naik status perkongsian resipi. Hal ini turun mendapat perhatian netizen. Mereka mengecam tindakan Intan Payung berkongsi resipi kerana dikatakan asyik bermain facebook tanpa memikirkan anaknya yang dalam tahanan polis. Malah turut mengatakan kerana asyik bermain facebooklah maka anaknya menjadi seperti itu.
Rasanya semua wanita akan berasa emosi membaca kisah rumah tangga Intan Liana Saleh isteri pertama kepada pemuzik Ude Wahid.
Namun begitu empunya diri akur redha dengan keputusan suaminya yang memfailkan permohonan cerai. Meski nampak tenang tapi hakikat dalam hati Intan siapa yang tahu kerana perkara ini berlaku ketika mereka menyambut ulang tahun kelima perkahwinan.
Intan telah memuat naik status sedihnya di dalam akaun instagramnya melalui IG stories baru-baru ini.
“Aku pernah sayang orang sepenuh hati… Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia.
“Sedih itu datang dari hati bukan dari muka, luar nampak happy tapi dalam hanya tuhan sahaja yang tahu.
“Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta…
“Semoga Allah satukan dengan orang yang mencintai kita… #happy5thanniversary,” luahnya.
Sebelum itu Intan juga selalu memuat naik status yang melambangkan isi hatinya ketika ini.
Sebelum itu Intan juga selalu memuat naik status yang melambangkan isi hatinya ketika ini.
Status-status ini dihujani dengan pelbagai komen dari netizen yang kebanyakkannya bersimpati dan memberi semangat kepada Intan. Semoga Intan terus tabah berdepan dugaan ini.
Kalangan kaum wanita sekarang ramai sungguh yang jadi pengikut drama adaptasi novel Jangan Benci Cintaku (JBC) yang kini sedang trending dengan watak Husna.
Namun begitu apa yang menariknya baru diketahui bahawa penulis novel itu sebenarnya merupakan seorang doktor, bukan Melayu pula tu.
Dr. Emelyne Bani Anak Jam, 32, atau lebih dikenali dengan nama pena Emy Roberto juga bukanlah orang baru dalam penulisan novel. Dia sudah menghasilkan lapan buku termasuk Jangan Benci Cintaku yang dihasilkan pada 2012.
Bertugas di bahagian Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) kita jadi tertanya-tanya sebenarnya macam manalah dia mencari masa untuk menulis.
Tapi kesibukan bukan halangan jika aktiviti itu jadi sebahagian dari hobi. Kata Dr. Emelyne, penulisannya bermula dengan menulis di blog yang diwujudkan oleh suaminya.
“Ia bermula dengan minat membaca dan ketika itu didorong oleh suami, kenapa tidak saya hasilkan bahan bacaan sendiri.
“Sejak itu, saya mula menulis di blog yang diwujudkan oleh suami dan akhirnya dapat menghasilkan novel. Setakat ini, sudah lapan buku saya tulis dan JBC dihasilkan ketika saya berada di tahun akhir dalam pengajian dalam bidang perubatan.
“Kebanyakan idea untuk menghasilkan buku adalah hasil inspirasi daripada kehidupan umum masyarakat kita. Memang ada terjadi, namun bukan membabitkan mereka yang hidup atau mati,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.
Mengulas mengenai drama yang JBC yang menjadi trending hingga ramai yang berasa geram dengan Husna katanya Emy berkata, dia sebenarnya ingin menyampaikan kepada masyarakat bahawa kisah rumah tangga seperti itu wujud.
Dalam drama terbabit boleh dilihat bagaimana Rafeeqa (Zahirah Macwilson) menyelesaikan masalah rumah tangga dengan Shahrizal (Saharul Ridzwan) yang diganggu orang ketiga iaitu Husna (Niena Baharun).
“Tidak semestinya imej dibawa Fiqa tidak baik dan tidak semestinya imej Husna yang bertudung adalah baik, itu yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat,” katanya yang hanya menyedari drama itu trending selepas minggu kedua ia ditayangkan.
“Tetapi bagi saya, pelakon harus diberi kredit kerana mereka berjaya membawa watak itu sehingga mencetuskan trending,” ujarnya lagi memetik laporan dalam portal Harian Metro.
Situasi jubin atau tiles kediaman meletup antara masalah yang selalu berlaku. Jika ia terjadi ia memang memeningkan pemilik rumah kerana memikirkan kos untuk mengganti semula selain rumah yang akan bersepah.