
Sejak malam laman instagram dipenuhi dengan perkongsian foto majlis resepsi pelakon popular Fattah Amin dan juga Fazura. Berlangsung di Hotel Mandrin Oriental dengan tema fairytales, ia memang cukup kena dengan pengantin ini.
Dalam majlis yang gah dengan pelamin berkonsep castle dari Rekateemor, Rizman Ruzaimi pula menterjemahkan hasrat Fazura yang mahu tampil bagaikan Cinderella dalam busana yang dikenakan.
Fazura tak dapat dinafikan persis seorang puteri bersama puteranya terutama dalam busana keduanya.
Berikut adalah 20 foto momen indah yang dikumpul dari resepsi mereka semalam untuk menjamu mata anda.
Sumber: shahrizanshafie & rekateemor
Bayi Terkeluar Dari Rahim Ibu Hamil 39 Minggu Akibat Impak Kemalangan. Ibu Maut, Ajaibnya Bayi Hidup

Membayangkan kemalangan ini saja sudah cukup mengerikan. Seorang wanita yang sarat hamil 39 minggu maut dalam satu kemalangan namun ajaibnya bayi ini masih hidup!
Impak daripada kemalangan tersebut bayi dalam kandungan terkeluar dari rahim ibu dan tercampak di atas rumput.
Wanita hamil itu merupakan penumpang sebuah lori yang membawa muatan kayu. Pemandunya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian yang berlaku di Cajati, Brazil.
Kemalangan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan wanita hamil itu dihempap kayu muatan lori tersebut.
Hentakan yang kuat mengakibatkan bayi terkeluar dari rahim ibunya. Bayi ajaib itu ditemui oleh pegawai perubatan selepas mendengar suara tangisan beberapa meter dari mayat ibunya.
“Ketika cuba membantu mencari mangsa di bawah timbunan kayu saya terdengar bayi menangis. Saya terkejut kerana setahu saya cuma ada dua mangsa dalam kemalangan itu,” ujar Elton Fernando Barbosa paramedik pertama yang sampai.
Selepas menemui bayi tersebut, dia terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital. Bayi tersebut bagaimana pun dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.
“Saya tak tahu bagaimana bayi ini boleh selamat kerana mayat ibunya di bawah timbunan kayu. Ia memang satu keajaiban,”ujarnya.

Bayi berkenaan bagaimanapun ditempatkan di rumah anak yatim memandang tiada ahli keluarga dan saudara yang menuntutnya.
Jururawat di hospital yang merawat bayi ini menamakannya sebagai Giovanna yang bermakna ‘dilindungi oleh Tuhan’.
Sumber: http://www.dailymail.co.uk
Elly Mazlein Pakaikan Anak Gelang Tangan Besar. Berahsia Soal Harga Tapi Tak Takut Ke?

Isi Kandungan
Toggle
Seperti pasangan selebriti lain yang punya anak yang suka berkongsi foto si kecil mereka, Elly Mazlein juga tak terkecuali. Kebelakangan ini memang banyak pula gambar Puteri Sara Sefhia yang dimuat naik.
Bagi followers instagram iamellymazlein mesti perasan tentang sesuatu yang menyerlah pada anak ini. Nampak tak gelang tangan yang dipakai Sefhia? Agak besar sebenarnya untuk dipakaikan pada anak kecil.
Mengakui itu gelang raya buat puterinya itu, Elly atau mesra dipanggil Kak Lina gembira memakaikan gelang tangan pada satu-satunya cahayamata hasil perkahwinan dengan Azmi Hatta.
Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina turut memuat naik status di instagram ketika membeli gelang tersebut.
Ditanya tidak timbul rasa bimbang ke memakaikan barang kemas besar begitu pada anak, Kak Lina ada jawapannya sendiri.
“Sebagai mama kita tau di mana sesuai untuk anak kita pakai barang berharga. Kalau ikutkan, sebenarnya kecelakaan boleh je berlaku di mana-mana pun. Tanpa memakai barang kemas pun boleh juga jadi hal jenayah. Tapi moga dijauhkan,” katanya.
Gelang raya katanya
Ditanya soal berapa harga gelang itu, Kak Lina lebih senang berahsia. Katanya itu hadiah untuk Sefhia kerana Kak Lina ada rezeki lebih pada hari raya baru-baru ini. Rezeki itu dikongsi untuk anaknya.
Walaupun ada yang menasihatkan supaya jangan pakaikan anak barang kemas, lebih-lebih lagi yang saiznya boleh tahan macam tu, Kak Lina mengatakan itu hak masing-masing untuk menilai.
“Doakan yang baik-baik untuk Sefhia dan juga semua anak yang memakai barang kemas,” ujarnya.
Main pantai pun pakai
Manja mama? . Tiang Sri kena teman manja main pasiaqqqqq
A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on
Menyerlah betul gelang tu
Orang berbudi , kita berbahasa ?? . T E R I M A K A S I H staff & @thestregislangkawi ????
A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on
Sumber: iamellymazlein
Perkahwinan Tunku Tun Aminah & Dennis, 5 Istiadat & Majlis Bakal Dilalui

This Content Is Only For Subscribers
Beberapa hari lalu kita dikhabarkan dengan berita gembira apabila Tunku Tun Aminah anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, bakal melangsungkan perkahwinannya pada 14 Ogos ini.
Puteri cantik berusia 31 tahun ini akan diijabkabulkan dengan Dennis Muhammad Abdullah setelah Sultan Johor dan Permaisuri berkenan dan merestui perkahwinan pasangan ini.
Justeru baru-baru ini diadakan satu sidang akhbar tentang majlis yang bakal berlangsung. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.
Beliau menyenaraikan istiadat dan majlis yang akan dilaksanakan dan dilalui oleh pasangan pengantin diraja ini.
1. Istiadat meletak kerja
8 Ogos 2017- Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan dijalankan bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.
2. Majlis tahlil & doa kesyukuran
10 Ogos, jam 6.30 petang – majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Pasir Pelangi, bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.
3. Istiadat pertunangan diikuti istiadat pernikahan
14 Ogos, jam 10 pagi – istiadat pertunangan akan berlangsung di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.
4. Istiadat persandingan
14 Ogos jam 8 malam hari yang sama – istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar. Ujar Abdul Rahim istiadat tersebut berlangsung secara tertutup.
5. Majlis bersiram & ziarah Makam Diraja Mahmoodiah
15 Ogos,majlis bersiram pula akan dilakukan oleh pasangan ini di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.
Biodata Tunku Tun Aminah
- Merupakan puteri tunggal daripada enam adik-beradik diputerikan pada 8 April 1986 di Hospital Sultanah Aminah di sini dan diperkenan oleh Almarhum Sultan Iskandar dengan nama Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.
- Mendapat pendidikan asas dan rendah di Hilltop Kindergarten, Sekolah Convent serta Sekolah Seri Utama di sini, sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Australia International School di Singapura seterusnya di La Salle School of Fashion and Design, juga di Singapura.
- Tunku Tun Aminah yang dikurniakan gelaran tradisi ‘Tun’ oleh Sultan Ibrahim pada 2012, melibatkan diri dalam sukan lasak seperti menunggang kuda, joging dan mendaki selain dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun lepas.
- Tunku Tun Aminah juga terlibat dengan kerja amal termasuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir dan merupakan Timbalan Yang Dipertua I Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor serta penaung Johor Bahru International Festival City dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Johor Bahru.
- Siapa bakal suami Tunku Tun Aminah
- Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak ke-2 daripada 3 beradik.
- Beliau berkata anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.
- Katanya, gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.
- Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.
- Bermula tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.
Sumber: Bernama
Foto: Facebook Official Sultan Ibrahim