Difahamkan Ayu Nazirah yang sebelum ini mendapat 9A dalam peperiksaan SPM memilih Unimas sebagai IPT untuk dia mengejar impian menjadi zoologist.
Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nurul dengan suami terdahulu, Ajai. Nurul turut mempunyai dua anak lagi selepas kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki dari Perancis Eric Daniel Depp yang juga usahawan produk kesihatan, Herbalife.
Baru saja mengecap kebahagian hidup berumahtangga dan bakal menimang cahaya mata pertama tapi isteri ini didatangi dugaan hebat.
Suami tercinta dipanggil mengadap Ilahi dalam satu kejadian kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan di Johor Bahru baru-baru ini
“Tiada lagi yang menjadi imam setiap Subuh, Maghrib & Isyak, tiada lagi yang akan membetulkan bacaan tajwid” demikian antara luahan hati Nurmasfalina Mohd Azmi, isteri kepada arwah Mohd Azam Karimin, 27, yang dikongsi melalui Facebook beliau.
Catatan yang sangat menyentuh hati ini VK kongsi dan sama-sama kita doakan arwah ditempatkan kalangan penghuni syurga dan Nurmasfalina tabah berdepan dugaan maha hebat ini.
Urusan sayang di dunia dah habis
Sayang arini tido awak tak de di sisi. Awak dah dgn pencipta awak. Orang tau awak dekat dgn kami. Malam ni orang tido masuk la dalam mimpi. Orang nak tahu kata-kata terakhir sayang.
Orang redha sayang. Orang tau sayang dah bahagia kat sana. Doakan org boleh syahid macam sayang. Jumpe sayang kat syurga nanti. Urusan sayang kat dunia ni dah abis.
Doakan bonda dgn baby sayang. Sayang dah sediakan yg kenangan terindah buat org n baby. Awak terlalu sempurna sayang.
Orang tak kan dengar lagi sayang imam kan org tiap subuh, maghrib dan isyak lagi mcm selalu kalau syg kerja. Org tak boleh dengar lagi sayang tegur org dgn bacaan tajwid.
Orang tak boleh dengar lagi sayang ketuai bacaan tahlil untuk org lain. Org tak boleh dengar lagi suara sayang. Datang la dlm mimpi sayang. Org sedia nak jumpe sayang dlm mimpi.
Org tau sayang tak bace tapi ini je luahan yg org ada. Kenangan yg org ada. Terima kasih layan kerenah org. Awak cukup sabar dgn saya. Terima kasih sayang untuk hadiah dalam kandungan ni.
Hadiah hari lahir saya bulan 10 hadiah hari lahir awak bulan 11 hadiah anniversary kita bln 12, bulan 9 awak pergi tinggalkan kami.
Buat kekasih hatiku. Bergembiralah syg di sana. Ketahuilah bahawa org Nurmasfalina bt mohd azmi sgt menyayangimu Mohd Azam Bin Karimin.
#kenagantrakhirgambarkita #awakdemamtemanamikmc
Baby dah 33 minggu
Baba saya dah 33 week. Im trying to be the best for our baby syg. Doakan kami berdua jumpe sayang di syurga nanti. #baba #mohdazamkarimin #13/9/2018
Belum lagi dilancarkan secara rasmi namun video single terbaru pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersama Sajat dan juga Lucinta Luna sudah pun dikecam netizen.
Manakan tidak, Datuk Seri Aliff Syukri tampil dalam video menyanyikan lagu berjudul Bobo Di Mana itu bersama dua rakannya yang menari terkinja-kinja dengan cara yang tidak sopan.
Turut memberikan pandangannya adalah Wardina Safiah yang ternyata menyifatkan video sebegini cukup meloyakan.
Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato’… saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah.
This is too much. Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan. Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini. Nauzubillah.
Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya Wallahualam.
Mohon Dato padam video IG of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting. Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya.
Ni pun sepuluh kali pikir nak post ke tak. Should I even comment???? Uwaaaaaaa. Ok I just found out they are not women!!!
I mean I have seen dumb things before.. but I think he just crossed the line there… Dato x perlu buat begini Dato… Jangan nyanyi pulak nanti ye… I could still accept Dato Vida… but this is another level…
Boleh faham kenapa Wardina geram sangat, korang tengoklah sendiri video ni macam mana.
Selepas Halima Aden menyertai Ratu Cantik Minnesota Amerika Syarikat, kini giliran anak gadis dari Malaysia, Nurul Shamsul mencatat sejarah tersendiri.
Gadis berhijab ini tersenarai antara 20 finalis Miss Universe New Zealand 2018. Dia adalah wanita berhijab pertama di negara itu yang sampai ke peringkat akhir pertandingan tersebut.
Diumumkan sejak sebulan lalu, namun baru hari ini ia tular di Malaysia.
Setelah hampir sebulan bergelar finalis dan melalui beberapa fasa akui Nurul ia bukanlah sentiasa mudah. Namun Nurul yang sudah matang enggan mengalah.
“Sebulan yang lalu saya diumumkan sebagai finalis Miss Universe New Zealand. Saya masih mengingati perasaan sebelum dan selepas pengumuman itu.
“Saya berdoa agar sekiranya peluang ini terbaik untuk saya dan agama maka makbulkanlah dan sekiranya tidak, elakkanlah,” titipnya dalam posting terbaru di instagram.
“Kini beberapa minggu melalui perjalanan pertandingan tersebut, ia tak sentiasa mudah buat saya. Tapi sebagai wanita yang sudah matang saya tidak akan berputus asa.
“Semuanya bergantung kepada kepercayaan kita bahawa semuanya akan berjalan lancar. Allah lebih mengetahui.
“Alhamdulillah saya bersyukur atas kasih sayang dan sokongan selama ini. Saya mohon agar niat saya kekal dan saya akan cuba yang terbaik untuk memenuhinya. Insya-Allah,”katanya lagi.
Mengenai latar belakangnya, Nurul berkata, ibunya berasal dari Indonesia, manakala bapanya rakyat Malaysia. Ketika ini dia masih menuntut di Universiti Waikato dalam bidang psikologi dengan minor dalam dasar sosial.
“Saya ingin sekali membantu masyarakat untuk berjaya dan memberi ruang kepada individu bagi menjamin masa depan,” katanya.
Peringkat akhir Ratu Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos ini.