Mak, Raya Ni Rumah Mak Konsep Vintage Retro! Adik Beradik Ini Senyap-senyap Ubah Suai Rumah Pusaka Uzur Jadi Hadiah Raya

Share

 

 

Kagum sebenarnya membaca perkongsian daripada Afzaini Zam Mahmad ini. Tahu betapa bermaknanya rumah pusaka di kampung buat kedua ibu bapa walau pun sudah pun usang, mereka sepakat melakukan kejutan.

Demi membahagiakan orang tua, adik beradik ini sepakat pulang ke kampung tanpa pengetahuan ibu dan ayah mereka untuk mengubah suami rumah tersebut.

Membuat perkongsian tersebut di sebuah page hiasan kediaman, ia mendapat respon netizen yang kebanyakannya terharu dan kagum dengan adik beradik ini.

Paling mencabar cari kusyen 4 segi

Suprised!!! Rancangan “hanya kami shj yg pulang ke kampung tanpa pengetahuan mak & ayah” nampaknya berhasil. Hadiah dari kami adik beradik & menantu Azie Min Emma Harisya Aemizah Mahmad Shariff Deen Azahrizham Mahmad Afzaini Zam Mahmad Dauns Hijau Ayunoraimie Mahmad Kopicat Melachi Shaiful Shariffudin untuk mak dan ayah.

Inilah hasilnya setelah susun atur semula dibuat, dengan cat dinding, beli sikit2 barang dr ikea & kaison, refurbished perabot2 lama dlm rumah dan yg paling mencabar sekali nak cari sarung kusyen 4 segi yg lejen tu!! Susah kot nak jumpa!

Rumah arwah atuk usia 50 tahun

Setelah berhempas pulas membawa barang2 hiasan dr KL ke kampung halaman, akhirnya tercapai juga hasrat kami nak cantikkan rumah peninggalan utk mak dari arwah atuk yg berusia lebih kurang 50 tahun ni di Kampung Layang Layang, Kluang, Johor.

Memakan masa 2 hari kami gunakan secukupnya cuti peristiwa sempena kemenangan parti Pakatan Harapan, kami berjaya mengecat, menyusun, mengemas, tuka langsir, tikar getah dan macam2 lah untuk rumah mak ni sebelum kemunculan bulan Ramadhan minggu depan.

Konsep vintage retro rumah kita mak

Tahun ni mak & ayah bolehla kita beraya di kampung dengan suasana baru rumah berkonsepkan vintage retro modern sentuhan anak2 mak… kami hadiahkan buat mak & ayah sempena:

– HARI RAYA AIDILFITRI tahun ini, sempena
– HARI IBU hari ini dan sempena
– MALAYSIA BARU!!!

 

 

Moga mak Maziah Md Dasah & ayah Darwis Mohd selesa menyambut lebaran yg akan tiba di rumah singgah kita di kampung nanti. Seperti biasa mak & ayah akan balik dulu 2 minggu sebelum raya dan anak2 lain akan menyusul selepas tu dengan menantu dan cucu2 utk sama2 berkumpul berhari raya di kampong!

Tak sabar wey nak raya tahun ni!

Kagumkan lihat semangat adik beradik ni demi bahagiakan orang tua, moga ramai lagi anak-anak yang sanggup buat perkara yang sama.

 

Sumber: Afzaini Zam Mahmad

 

 

 

 

Published by
VK