Makaroni Cheese Goreng, Buat Senang & Makan Sedap. Sekali Rasa Confirm Mintak Lagi

Share

Selain hidangan berasas mi, menu pasta juga sudah terbiasa dengan kita termasuklah makaroni.

Jika selalu digoreng pedas seperti mi, apa kata buat buat makaroni cheese goreng seperti perkongsian Ziera Johari. Lebih enak dan menurut beliau menu ini selalu diminta oleh rakan jika datang ke rumah. Cara memasak pun mudah.

Cara buat makaroni cheese goreng

Bahan-bahan

2 kiub pati ayam
2-3 ulas bawang putih- diketuk/dihiris
1 packet sosej ayamas- dihiris
1 tin cendawan butang- dihiris
1 biji lada benggala (hijau & merah)
2 tin Prego cheese & herbs
1 paket macaroni sepaket ( 500g)
Garam

Cara membuat:

1. Tumis bawang putih sampai bertukar warna, kemudian masukkan kiub pati ayam k. Kacau sampai kiub hancur.

2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang dihiris, goreng sekejap. Tambah minyak kalau nampak kering.

3. Masukkan sos prego cheese & herbs. Kacau sebati. Masak kejap dalam 2 minit.

4. Masukkan makaroni yang direbus.

5. Jika kering, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam tapi tak perlu banyak sebab pati ayam sudah ada rasa masin.

6. Masukkan lada benggala dan untuk lebih berkeju, boleh tambahkan sekeping cheddar cheese.

7. Kacau rata dan siap! Boleh tabur daun basil untuk hiasan.

NOTA: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan semua bahan ya. Boleh juga tambah hirisan ayam jika suka.

Selamat mencuba.

Sumber: Ziera Johari

Published by
VK