Antara perkara penting untuk kediaman nampak kemas adalah memastikan ada tempat khusus untuk meletakkan pakaian kita yang sememangnya banyak.
Kena ada almari atau kabinet khusus untuk pakaian. Tapi kalau bajet tak banyak boleh buat open wardrobe menggunakan rak dan palang penyangkut baju seperti yang dipraktikan oleh Aimi Ismail.
Beliau mengubah suai ruang rehat famili menjadi open wardrobe menempatkan pakaian satu famili agar lebih teratur.
Ini ruang rehat tingkat atas. Memang dari asal buat tempat iron baju dan tempat gantung baju kerja dan baju sekolah anak yg siap diiron untuk seminggu.
Cuma upgrade supaya lebih organize dan sedap mata memandang, tenang di jiwa. Sebab bilik semua dah full.
Tunggu organizers for socks, handsocks, tie sampai… Socks anak beranak selalu tak cukup pasangan.
Tempat letak baju dan tempat lipat baju yg berlori-lori
Kos: lebih kurang RM400 (termasuk vinyl 2 boxes)
Almari, upgrade yg ada cuma tukar warna.
Plywood (tebal 12mm): 1 keping 8 kaki X 4 kaki
(saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4 kaki X 1.5 kaki), bawah 2 keping (4 kaki X 1 kaki)
Besi L: 12 inci,10 inci
Mulig bar: 5
Cat Jotun: 1L
Vinyl: 2 kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada
Storage, dust cover (beli di Lazada)
Frame, cermin lekat di almari (beli di kedai Eco)
Sumber Aimi Ismail