Makeover Bilik Air Cara Bajet Tapi Hasilnya Memang Cantik. Tak Perlu Renovate

Share

Selain bersih bilik air pun perlu juga tersusun elok. Sebab orang kata kalau nak tengok seseorang itu pembersih atau tidak tengoklah bilik airnya.

Tapi kita tak semestinya perlu renovate bagai untuk cantikkan bilik air. Ada cara yang lagi murah dan mudah untuk buat. Boleh ikut contoh Abylla Amjah

. Modalnya hanya guna wallpaper saja terus berubah rupa bilik airnya.

Keadaan bilik air sebelum makeover

Hasil selepas makeover
Dinding tampal guna wall paper, beli 5 roll RM100. Cuma guna 1 setengah roll saja.

Wall paper ini melekat kuat dah 3 bulan guna. Lantai tampal dengan cloth tape hitam, juga dah tiga bulan masih melekat.

Rak di dinding untuk letak barang, guna floating shelf beli di Lazada RM30.

Lampu pada cermin beli di Mr DIY, guna bateri saja.

Gantung pokok bunga untuk tutup kesan kotoran dinding.

Siap deko.

Sumber: Abylla Amjah

 

Published by
VK