Makeover Gerobok Lauk Jadi Almari Hiasan Eksklusif. Kalau Masih Ada Di Rumah Jangan Buang

Share

Dulu setiap rumah mesti akan ada gerobok atau almari untuk simpan lauk macam ni. Tapi sekarang kebanyakkannya dah tak digunakan lagi, mungkin terbiar di belakang rumah di kampung atau di tepi dapur.

Kalau masih ada walaupun uzur jangan sesekali dibuang, sebab ia masih lagi digunakan tapi untuk tujuan lain. Gerobok lama ini boleh kita tukar jadi almari hiasan yang moden dan eksklusif.

Idea ini dikongsi oleh Alied Wahab yang melakukan makeover gerobok lauk yang dijumpai di tempat pelupusan sampah menjadi almari hiasan yang cantik dan moden.

Makeover gerobok lauk lama jadi almari hiasan eksklusif

Bermula pkp 3.0, terjumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. “Ini harta karun ni.” Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi.

Langkah makeover

1) Saya buang jaring hijau, bersihkan sawang yang ada.

2) Kemudian pada bahagian kayu yang berlubang dek bekas paku letak filler untuk tutup aib yang ada.

3) Selepas itu boleh sander dengan kertas pasir supaya permukaan kayu gerobok halus.

4) Gerobok ini waktu jumpa tiada para jadi saya buat para rak dalam almari menggunakan kayu. Kayu papan ini saya beli di hardware panjang 12 kaki dengan harga RM45 sekeping.

5) Kemudian saya cat dengn warna hitam mati. Ini cat yang digunakan.

Semoga bermanfaat

Sumber: Alied Wahab

Published by
VK