
Isi Kandungan
Toggle
Perkongsan dari Yanie Shafiin ini memang jadi inspirasi untuk mereka yang memiliki rumah kayu atau papan untuk membuat renovasi. Sebab hasilnya macam deko rumah kondo.
Dari rumah papan ibu mentua yang rosak teruk angkara penyewa, Yanie mengambil masa hampir dua tahun untuk memperbaiki dan juga mendeko kediaman yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur ini.
Katanya ubah suai kediaman ini tercetus bila ibu mentua menyuarakan keinginan untuk melihat rumah lamanya. Dari situ mereka terkejut bila mendapati kediaman tersebut dalam keadaan yang cukup teruk.
Habis rumah!
Rasa sayang jika dibiarkan maka bermula hujung tahun 2017 dia bersama suami memperbaiki kediaman tersebut sedikit demi sedikit. Barang dibeli sendiri, cuma upah tukang rumah untuk menyelesaikannya.
Sehingga sekarang masih ada lagi bahagian yang perlu dibaiki. Namun begitu usaha sedikit demi sedikit ini nyata membuahkan hasil. Malah dia sendiri seperti tidak mempercayainya.
Hasilnya…
Ketika ini kata Yani dia dalam usaha menyiapkan bahagian luar rumah pula. Kita nantikan hasilnya.
Dulu
Sekarang
Sumber: Yanie Shafiin
Isteri Harith Iskandar Wanita Pertama Terima Ph.D Dalam Kejuruteraan Tisu dan Sel Stem. Wow!

Siapa tak kenal dengan Harith Iskandar, penghibur dan juga pelawak bertaraf antarabangsa. Tapi isteri yang ada di belakangnya juga tak kurang hebat dan bijaksana.
Siapa sangka isterinya Dr. Jezamin adalah satu-satunya wanita yang berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam jurusan Kejuruteraan Tisu dan Sel Stem di Universiti Kebangsaan Malaysia setakat ini.
Perkara tersebut dikongsi oleh Dr Jezamine Lim selepas menerima Ijazah Kedoktorannya dalam majlis konvokesyen ke-45 Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.
A post shared by Dr Jezamine Lim Iskander (@drjezaminelim) on
Harith Iskandar juga turut berkongsi kegembiraan buat isterinya dengan memuat naik status dalam instagram miliknya.
Bagaimana pun menurut Dr Jezamine bukan mudah untuk beliau menamatkan pengajian tersebut yang mengambil masa hampir enam tahun namun suami dan anak-anak menjadi sumber kekuatannya.
Menariknya dalam kepayahan beliau menyempurnakan pengajiannya itu, Dr. Jezamine melahirkan tiga orang anak, menganjurkan dua festival komedi dan membantu suaminya menjadi Manusia Paling Lucu di Dunia selepas menjuarai pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World di Helsinki, Finland hujung tahun lalu. Hebatkan.
Dalam pada itu Dr. Jezamine juga dalam status instagramnya tidak putus mengucapkan terima kasih pada insan-insan yang banyak membantunya menamatkan pengajiannya itu terutama kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarganya.
A post shared by Dr Jezamine Lim Iskander (@drjezaminelim) on
Inspirasi sangat!
Sumber: Instagram drjezaminelim & harithiskander
Kerja Rumah Bukan Tugas Isteri Saja, Lelaki Ini Tunjuk Cara Dia Latih & Fahamkan Anak-anak Untuk Bereskan Kerja Rumah

Isi Kandungan
Toggle
Zaman sekarang isteri atau kaum ibu pun kebanyakannya bekerja dan dah tentu tak sempat untuk membuat semua kerja rumah.
Sebab itu ramai suami sekarang yang tak berkira membantu isteri di rumah. Selalu saja tengok kaum bapa menyidai pakaian waktu hujung minggu atau memasak di dapur kan.
Tapi sebenarnya tugas ini bukan tugas suami isteri saja, anak-anak jua harus dilatih melakukan kerja rumah. Bukan saja untuk meringankan kerja ibu bapa tapi supaya sikap yang sama dibawa bila anak sudah berumah tangga kelak. Supaya ‘mind set’ kerja rumah kerja orang perempuan itu dah tiada lagi.
Kalau nak mengajar anak sebenarnya biarlah dari kecil dan kena ada cara. Kaedah diguna pakai Ahmad Affzan Abdullah juga menarik untuk ibu bapa lain praktik kan.
Katanya sebelum minta anak buat, fahamkan kenapa mereka perlu buat kerja rumah itu. Selebihnya jom baca perkongsiannya.
Fahamkan Anak Kenapa Perlu Tolong Buat Kerja Rumah
Satu ketika, aku tengah makan. Nampak isteri aku tunjuk artikel di telefon pintar pada anak-anak.
“Baca ni,” katanya.
Aku tengok saja. Lepas makan aku tanya dia, “Artikel apa tu?”
Dia pun tunjuk pada aku. Artikel itu dalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang perempuan mat saleh. Dia bercerita ketika dia sedang sibuk cuci pinggan di dapur, suaminya dan anak-anak selamba tengok TV. Puas dia panggil semua buat bodoh saja.
Akhirnya selepas lama dia bising, suami dia pun cakap pada anak-anak,
“Dah, dah. Pergi tolong mak kamu tu.”
Kemudian dia terfikir, kenapa bila cuci pinggan, kemas rumah itu, dianggap sebagai ‘tolong’ ibu dan isteri. Seolah-olah itu memang tugas ibu semata-mata, orang lain kalau buat itu sekadar nak tolong saja.
Bukankah rumah ini rumah kita bersama? Kita guna tandas bersama. Ruang tamu bersama.
Mengapa kita tidak menganggap bahawa ini kerja kita bersama juga?
Aku mengangguk-angguk sambil membaca artikel itu.
Betul, biasanya kita ini ambil mudah.
Kerja rumah kait dengan orang perempuan
Bila kerja-kerja di rumah saja, secara automatik kita kaitkan dengan tugas orang perempuan, iaitu ibu kita atau isteri kita. Kenapa mentaliti kita begitu?
Pinggan, ramai yang lepas makan hanya letak saja dalam sink. Yang lebih teruk, tinggal saja atas meja makan. Maka ibu atau isterilah yang mengutip sampah sarap ini tadi dan membawanya ke dapur
Tandas, semua guna untuk buang segala kotoran dalam badan. Bila mangkuk tandas dan lantai sudah berdaki, semuanya buat tak tahu. Masing-masing beranggapan nanti ibu atau isteri yang akan sental.
Kipas dan aircond, semua nak guna waktu kepanasan. Namun bila berhabuk, masing-masing lebih rela bersin dan terbatuk berbanding ambil inisiatif untuk buang habuk yang terkumpul. Semuanya tunggu ibu atau isteri yang buat.
Beginikah cara kita hidup bersama di dalam rumah? Di bawah satu bumbung?
Kami buat duty roster
Maka kami pun buat jadual. Duty roster. Ada tugas harian, ada tugas mingguan. Semua wajib laksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut apa yang telah ditetapkan.
Untuk apa? Supaya masing-masing ada rasa kebertanggungjawaban. Supaya anak dan suami tahu, rumah ini tanggungjawab bersama untuk pastikan ia bersih, kemas dan sihat untuk didiami.
Bukan kerja orang perempuan saja. Bukan tugas ibu atau isteri saja. Kita semua buat sepah, kita semua kena kemas.
Bergilir-gilirlah. Masing-masing akan rasa cuci pinggan, sidai baju, cuci tandas, sapu sampah, cabut rumput dan lain-lain.
Tidak ada ruang untuk anak-anak rasa seperti tuan atau bos. Tidak ada ruang untuk suami atau isteri menyuburkan ego. Barulah kita boleh hargai setiap sudut rumah yang kita diami.
Kita nampak ruang tamu kemas, kita tersenyum dan kata pada diri, itu kita yang kemas sama-sama.
Kita nampak tandas bersih, kita juga rasa puas hati kerana kita pun terlibat dalam memastikan tandas itu harum dan tidak jijik.
Baru kita tahu apa yang ibu, isteri kita rasa
Kita akan geram bila ada ahli keluarga cuba sepahkan barang. Sebab kita tahu betapa lecehnya nak kemas balik.
Baru kita tahu apa yang ibu dan isteri kita rasa selama ini.
Rumahku syurgaku. Selalu orang sebut, namun tak ramai yang berusaha untuk menjadikan rumah itu syurga bersama-sama. Hanya mengharap ia jadi syurga secara tiba-tiba?
Semoga Allah sentiasa menaungi keluarga kita dengan rahmah dan maghfirah-Nya, dan rumah yang kita diami itu sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan ketenangan.
.
.
Ahmad Affzan Abdullah.
Pelukis Kaligrafi Eksklusif
Sumber: Ahmad Affzan Abdullah
DIY Kolam Mandi Untuk Anak-anak Di Halaman Rumah, Siapa Kata Tak Boleh? Ini Caranya

Bina kolam mandi di halaman rumah? Ha…,jangan sangka untuk kediaman golongan berada saja, sebenarnya kita yang duduk rumah di kampung pun boleh buat!
Tak percaya lihat apa yang dilakukan Hafizh Ateh AR yang membina kolam mandi untuk anak-anaknya di halaman rumah saja.
Tak pakai kontraktor pun sebaliknya dibuat sendiri atau DIY saja. Menariknya dia juga siap berkongsi langkah demi langkah untuk menyiapkan kolam ini. Jadi siapa yang rasa nak buat boleh ikut cara ini ya. Kreatif betul!













Ha amacam, rasa macam boleh buat kan! Yang minat bertukang tu silakan mencuba, buatlah untuk anak tersayang.
Sumber: Hafizh Ateh AR