Baru baru ini pelakon Abby Abadi telah mengambil dua anak angkat perempuan dan lelaki. Anak angkat yang bagaikan kembar ini turut mencuri perhatian kerana nama yang diberikan kepada mereka pun lebih kurang nama, iaitu Dayana dan Daiyan.
Dalam instagramnya, Abby turut menyarankan agar wanita yang baru melahirkan tetapi tidak mampu untuk menjaga bayi itu agar berusaha mencari individu yang mahu mengambil alih tanggungjawab sebagai penjaga kepada bayi berkenaan.
Malah menurut Abby, dia juga sudi membantu wanita ini. Hal ini boleh mengelakkan lebih ramai bayi yang baru lahir menemui ajal kerana dibuang.
Kes tadi dah selesai ye.Alhamdullillah syukur ALLAH permudahkan segalanya ?
Mana2 adik, kakak, ibu2 yg sedang mengandung, yg akan mlahirkan tapi tak berkemampuan utk menjaga baby tu, cari Sy. Dimana saja, Sy sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye Adik Kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak utk hidup diatas mukabumi ALLAH ini
Ads
Bayi lahir ibarat kain putih
Satu lagi: Untuk anak2 yg dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini
Yg pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yg bertanggungjawab menjaga mereka utk mnjadikan mereka ni beragama/kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam. Sekian. Okbai
Murni sungguh usaha Abby Abadi ni. Semoga menjadi pedoman kepada seluruh masyarakat.
Baru-baru ini pelakon, Sharifah Sakinah mendedahkan dalam instagram bahawa dia mendapati pembantu rumahnya merokok. Dan dia tidak tahu apa nak buat kerana susah nak dapatkan pembantu rumah baru. Tapi dalam masa sama, dia risau akan kesihatan anaknya, Anais Adha kerana pembantu rumah itulah yang juga menjaga si kecil itu walaupun pembantu rumah itu tidak merokok di depan anaknya.
k now i want your opinion. I just found out that my maid is a smoker. I don’t know what to do. Too late to find someone new right now. Should I just let her be or warn her kaw2 .I’m afraid while I’m gone she gonna ‘return back the favor’ kaw kaw to Anais pulak. At the moment I know she won’t smoke in front of Anais but still… I’m still worried.
Sebagai ibu, haruslah Sakinah risau dengan keadaan itu. Rokok adalah satu ‘bencana’ besar kepada budak kecil kerana akan menjejaskan kesihatan.
Menurut laporan Astro Awani, kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, lelah dan masalah pendengaran. Pada masa sama, menurut kajian, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS), juga tinggi bagi ibu mengandung yang merokok.
Apabila sebatang rokok dibakar, perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya.
Kadar pernafasan kanak-kanak lebih laju
Menurut Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin, kanak-kanak adalah golongan yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa.
“Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50. Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa,” kata Dr. Norzila.
Jelasnya lagi, bentuk paru-paru kanak-kanak yang lebih kecil dan masih dalam peringkat perkembangan perlu dijaga untuk elak kesan buruk jangka panjang.
Mudah kena penyakit lelah akut
Sementara itu, mengulas jumlah kanak-kanak yang menghadapi penyakit lelah di Malaysia adalah tinggi, antara 5 hingga 10 peratus, Dr. Norzila berkata walaupun rawatan untuk penyakit lelah sudah sedia ada, pendedahan kepada asap rokok yang berterusan tetap boleh menyebabkan serangan lelah akut.
“Kajian menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat asma tidak memberi kesan 100% kepada pesakit,” kata Dr. Norzila
Selain itu, Dr. Norzila juga berkata hampir 90 peratus daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.
Kena kesan rokok pun bahaya, bukan asap sahaja
Walaupun ahli keluarga terbabit merokok di luar rumah dengan menganggap ia tidak akan memberi kesan kepada anak, Dr. Norzila menegaskan ia adalah pemahaman yang salah.
“Apabila seorang perokok itu merokok, dia ada kesan-kesan nikotin di kulit, di baju, dan apabila dia balik, dia mendukung, mencium anak. Jadi kesan itu juga beri kesan yang negatif yang dipanggil sebagai third stream smoker,” jelasnya.
Persoalannya kini adalah, adakah kita mahukan anak-anak kita berdepan pelbagai penyakit pada usia yang awal?
VK memang risau bab merokok ni lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan anak. Sakinah kena cari solusi yang memberi manfaat kepada anaknya. Memang susah nak cari pembantu rumah merangkap pengasuh kepada anak. Semoga Sakinah jumpa solusi yang tepat untuk kebaikan Anais. Insya-Allah.
Rasanya kalau ada anugerah bapa penyayang, Dato’ Fazley Yaakob ini akan termasuk dalam calon-calonnya. Boleh lihat betapa dia cukup akrab dengan tiga anak lelakinya dan betapa mereka cukup menyayangi penyanyi dan chef selebriti ini.
Jika tidak takkanlah baru seketika tak bertemu dengan Dida (panggilan anak-anak untuk Dato Fazley) mereka dah mula rindu sampai menangis-menangis.
Lihat saja video yang dimuat naik oleh Dato Fazley ini. Kisah pertemuannya dengan anak sulungnya Payish di masjid selepas beberapa jam berpisah. Gayanya macam lapan tahun tak jumpa!
Drama sedih bapa dan anak di masjid
“Tahun ini, semua orang sibuk dengan video raya yang paling sedih. Secara tak sengaja, hari ini saya dan anak sulung saya, terbuat drama sedih jugak. Kisahnya begini…setiap Jumaat kami akan berusaha untuk solat bersama namun yang sering memisahkan kami adalah trafik jam dan hujan.
“Sebab Payish akan ke masjid dari sekolahnya dan saya akan bergegas ke masjid dari ofis. Bermakna, waktu kami tiba di masjid tidak sama. Jadi, kami akan sentiasa berusaha untuk mencari masing-masing sebelum solat bermula. Namun hari ini, saya tak jumpa Payish dan Payish pun tak jumpa saya.
“Jadi saya bergegas keluar ke bawah masjid, cuba sedaya upaya untuk mencari Payish. Apabila saya melihat kelibat Payish, sebak sangat rasa melihat dia sedang terduduk kekecewaan kerana tidak dapat bersua dengan saya di masjid. Bila saya jumpa dia, terus airmata dia bercucuran dengan ungkapan “Didaaa, I thought I won’t see you today.” Terus saya dipeluknya.
“Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh arwah Bapak – Kasih sayang adalah syurga keluarga. Rasa macam bertahun tak nampak anak sendiri walhal baru berpisah berapa jam sahaja,” tulisnya.
Video tersebut mendapat 1.3 juta tontonan sejak dimuat naik Jumaat lalu dan rata-rata di ruangan komen netizen sebak menontonnya.
Anak kedua pun sama
Dalam pada itu, Dato’ Fazley turut memuat naik video aksi anak keduanya Piyash turut menangis mencarinya walaupun hanya ditinggalkan seketika ke dapur.
Apalah rahsia Dato’ Fazley sampai anak-anak melekat, tak boleh berpisah langsung dengan dirinya. Pada VK satu jer, kasih sayang yang melimpah ruah pada anak-anak!
Instagram Aaisyah Dhia Rana selalu mencuri perhatian. Tak lain tak bukan melihat keletah si kecil anak pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini.
Terkini fesyen baju raya Aaisyah jadi tumpuan. Rata-rata memuji kecomelan si kecil ini selain kagum melihat bajunya yang cantik.
Kalau diperhatikan, baju raya Aishah sebenarnya dihasilkan oleh pereka terkenal tempatan. Hebatkan! Kecik-kecik lagi dah pakai baju designer. Kali ini baju raya Aaisyah majoriti dibuat oleh Syafieq Ayman. Malah pereka ini turut membuat baju raya Che Ta juga.
Untungnya Aaisyah! Berapalah agaknya mak ayah dia berhabis untuk baju raya ya?
1 Syawal
Comel sungguh Aaisyah pakai baju ni. Macam princess gitu. Ini rekaan Syafieq Ayman.
Jenis kurma antara yang selalu dipertimbangkan ketika membeli buah yang laris di bulan Ramadan ini.Terdapat pelbagai jenis kurma yang ada di pasaran, namun berikut...