Manisnya Marissa Dania Sampai Jadi Tumpuan Ketika Beraya, Macam Artis. Doa Abby Moga Anaknya Dikenali Kerana Perkara Yang Baik-baik

Share

 

 

Anak Abby Abadi dengan bekas suami Norman Hakim ini tak dinafikan memang cantik. Baru berusia 13 tahun tapi cukup manis mewarisi raut wajah ibunya.

Jadi tak hairanlah jika Marissa Dania ini mendapat perhatian netizen. Apatah lagi dengan penampilannya yang sentiasa sopan dan menutup aurat.

Malah ketika menyambut Syawal baru-baru ini dia tidak ketinggalan jadi tumpuan. Meski bukan artis tapi ramai yang mahu bergambar dengan Marissa bila bertemu dengannya.

Perkara ini diakui oleh ibunya Abby ketika mereka beraya di Kelantan beberapa hari lalu bila dia memuat naik foto Marissa sedang melayan permintaan ‘peminatnya’ untuk bergambar.

“@marissadania_ mcm artis dah.Ramai datang nak ambil gambar. Semoga dikenali kerana perkara yg baik-baik ye anak. aminnn,”ujar Abby dalam statusnya.

Dalam pada itu sepanjang raya ini, Marissa sendiri tidak ketinggalan memuat naik foto OOTD di instagramnya @marissadania. Jom tengok gambar-gambar anak gadis Norman dan Abby yang manis ni.

Sumber: Instagram abby_abadi112 & marissadania_

 

 

Published by
VK