Mapo Tofu ini antara yang hidangan yang selalu kita makan jika pergi ke restoren Cina. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.
Bagi yang nak mencubanya boleh gunakan resipi perkongsian Halimatun AsSaadiah Ismail. Menurut beliau resipi ini telah diolah supaya lebih sedap dan kena dengan citarasa Melayu kita.
Buat sendiri Mapo Tofu ikut citarasa Melayu
Bahan-bahan
Silky tofu – potong dadu (jangan terlalu kecil supaya tak mudah hancur)
1/2 biji bawang merah – cincang halus
4 ulasbawang putih – cincang halus
1 inci halia – racik halus
Daging cincang
Daun bawang/sup
Tepung jagung – dibancuh dengan air
Bahan sos
2 sudu chili bean sos
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tiram
1/2 sudu kicap cair
2 sudu sos cili
Sedikit gula
1/2 sudu minyak bijan
Cara memasak mapo tofu
1. Dalam mangkuk kecil satukan bahan sos hingga sebati. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan daging cincang secukupnya.
Ads
3. Selepas pecah minyak dan daging masak masukkan sos yang dibancuh tadi. Masukkan sedikit air agar tidak hangit. Kacau.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
Ads
5. Selepas mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung kemudian letak tofu. Kacau dengan lembut. Lebih kurang seminit bila kuah nampak pekat boleh tutup api.
6. Akhir sekali tabur daun bawang atau daun sup. Boleh juga letak kentang dadu jika suka.
Salah satu hidangan air yang popular bulan puasa ini adalah air katira. Walau asal minuman ini dari Johor tapi orang luar pun ramai yang suka. Sebab itu ada banyak gerai yang menjual air ini.
Walau pun begitu kebanyakan yang dijual adalah air katira yang diubah suai dari resipi asal. Dah tak sama. Air katira yang betul-betul asli jarang sangat ada dijual.
Nak tahu macam mana air katira asli, boleh rujuk perkongsian dari orang Johor sendiri iaitu dari Kamarul Ariffin Nor Sadan. Memang minum segelas tak cukup.
Air Katira Asli Johor
Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah Air Katira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor.
Bahan-bahan:
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
*Untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
Cara penyediaan
1. Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya(kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
2. Minuman ni berasal dari timur tengah(tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
3. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
4. Macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
5. Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
6. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
7. OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
8. OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
9. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
10. Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Kalau dah biasa makan mi kari yang pekat, siap dengan, kerang, rempah 4 sekawan dan sebagainya apa kata kita buat mi kari yang lebih sempoi.
Me kari Chinese Style, cara masaknya ringkas, cepat tapi tetap sedap. Kalau makan boleh hirup kuah sampai licin. Bezanya mi kari Chinese style ini ada sambalnya. Rasa nak pedas, lebih kan sambal.
Segengam cili kering – kisar untuk sambal
2 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 biji bawang merah – kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor
Hiasan
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
Cara buat sambal:
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, letak garam dan sedikit gula.
Cara penyediaan kuah kari:
Panaskan periuk masukkan minyak dan goreng serai sebentar.
2. Masukkan bahan kisar masak hingga wangi.
3. Bila dah wangi agak keperangan masukkan rempah kari yang telah dicampur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
4. Kemudian masukkan ayam, kacau sebati sehingga ayam separuh masak. Masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair). Saya letak santan pekat lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.
5. Biar kuah mendidih, perasakan garam dan gula.
6. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering siap.