Marah Dan Acah-acah Rotan, Cara Tegas Siti Sarah Didik & Leraikan Anak Bertengkar Dipuji Netizen

Share

 

 

Menggunakan rotan bagi menangani pertengkaran dua anak, meskipun tegas namun cara penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini dipuji oleh netizen dan peminatnya.

Memuat naik video sedang memarahi dan ‘acah-acah’ merotan Ariq Matin selepas bertengkar dengan kakaknya, Dzahira Talita Zahra, rakaman itu mendapat hampir 850 ribu tontonan di instagram selepas dimuat naik beberapa hari lalu.

 

“Kes: pergaduhan melibatkan kekasaran.
Jenis-jenis kekasaran : tarik rambut kakak


Pesalah : Matin dan Talita
Note : Matin tarik rambut tapi Talita batu api lebih. Hukuman: berdiri didinding”

Demikian kapsyen yang disertakan bersama video terbabit Siti Sarah dengan suara tegas meminta anaknya bersalam, memeluk kakaknya sambil meminta maaf.

Arahan tersebut diikuti oleh anaknya walaupun sambil menangis. Tapi kemudian Siti Sarah memeluk kedua anak untuk mententeramkan mereka.

Ada yang kurang setuju

Walaupun ada segelintir kurang bersetuju dengan penggunaan rotan itu namun kebanyakan  netizen bersetuju memuji tindakan Siti Sarah yang dirasakan sama dengan didikan orang tua kita sebelum ini.

Salah tetap salah

 

Tegas tapi penyayang

Rotan kena ada

 

Sumber: sitisarahraissuddin

 

 

Published by
VK