Masak lemak ayam tumis ini kena cuba. Sememangnya masak lemak ada banyak versi, tapi kebiasaannya santan dan bahan dikisar atau ditumbuk dilebur sekali bersama santan.
Namun sekiranya mahu citarasa masak lemak yang berbeza, boleh cuba buat masak lemak tumis.
Resipi masak lemak ayam tumis
Bahan-bahan
8-10 ketul ayam -dipotong dan bersihkan
1 kotak santan segera
2 batang serai -diketuk
Kentang -dipotong
Asam keping
Daun kunyit -dihiris
Air secukupnya
Bahan kisar
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
Kunyit hidup
Baca: Bukan Masak Lemak Biasa Tapi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Sedapnya Memang Berbeza
Cara buat masak lemak ayam tumis
1. Ayam digoreng seketika. Ketepikan
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.
3. Masukkan air kemudian biarkan mereneh. Masukkan santan, asam keping kemudian kacau.
4. Kemudian masukkan kentang, masak hingga kentang lembut. Selepas itu taburkan hirisan daun kunyit. Kacau. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Roha Adrina