Masak lemak cili api selalu jadi kegemaran mereka yang suka masakan pedas. Malah hidangan ini pun selalu dimasak di rumah walaupun bukan orang Negeri Sembilan.
Tapi kalau nak masak lemak cili padi yang sedap pastikan ikut cara masak yang original dari negeri ini. Baru ada kick! Caranya dikongsi oleh SuiSan Aliezsha yang memang anak jati Negeri Sembilan.
Masak lemak cili api ini boleh jadi ikan ayam, ketam, udang, telur dan sebagainya tapi bahan asas yang digunakan sama saja iaitu cili api, kunyit hidup, serai, santan. Tak guna bawang ya!
Nah belanja hasil masakan original Negeri Sembilan. Setiap negeri terkenal dgn masakan tersendiri. Negeri Sembilan dengan masak lemak cili api. Ayah & arwah mak pulak keduanya berasal dari Negeri Sembilan.
1. Sediakan kelapa parut (perah ambil pati santan sahaja, kalau boleh waktu perah letak air lebih supaya perlu ramas berkali-kali, cukup sekali buat saja.
Biasanya untuk masak seekor ayam, 1 kg daging ,sekor ikan bersaiz besar saya guna 2 biji kelapa bergantung pada saiz kelapa (yang ini kuantiti kena adjust sendiri)
2. Sediakan cili api, kunyit hidup dan serai (tumbuk lumat dan titik serai).
3. Bahan lain asam keping dan bahan campur (bahan campur terpulang nak letak sayur apa. Kalau nak letak petai, kikis dulu kulitnya rebus seketika).
4. Sediakan kuali masukkan santan, dan bahan ditumbuk. Masak guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak.
5. Agak-agak kuah dah pekat masukkan ikan & bahan-bahan campur. Boleh besarkan sikit api, kacau dan masukkan asam keping. Jika dah letak bahan campuran masam-masam dan tak perlu letak asam keping. Tapi jika nak masuk pun tiada masalah.
6. Masak lemak cili api paling senang, dah letak semua bahan dan bila tengok permukaan dah licin elok maknanya masakan dah masak.
7. Jika nak buat masak lemak cili api telur, cara masak kuah sama. Bezanya letak serai dan kuah masak baru pecahkan telur. Tak perlu kacau telur cuma kacau kuah di permukaan saja.
8. Untuk masak ayam dan daging, cili, kunyit & serai yang ditumbuk masukkan dalam sekali dalam kuali. Letak sedikit air, rebus dulu (orang Negeri Sembilan kata kecutkan). Langkah seterusnya adalah sama, masukkan santan, asam keping dan kacau sampai masak.
Ada juga yang masak tapi tak menjadi kena cuba lagi, air tangan kita tak sama.
Selamat mencuba.
Sumber: