Masak nasi minyak cara kampung, lebih sedap dan wangi
Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya Aidiladha, elok sangat kalau kita hidangan nasi minyak kampung ini. Makan ayam masak merah atau gulai daging memang enak.
Nasi minyak kampung ini bahannya ada sedikit perbezaan dari nasi minyak yang biasa kita masak. Ia turut menggunakan sup bunjut selain bawang goreng yang dikisar.
Bukan saja lebih sedap tapi aromanya juga lebih wangi. Resipi nasi minyak kampung ini dikongsi oleh
Mazliza Ahmad.
Cara masak nasi minyak kampung
Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi
5 cawan air (1 cawan diguna untuk kisar bawang goreng)
2 sudu makan Planta(boleh guna minyak sapi)
Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
1 rempah sup bunjut adabi-1
1 genggam bawang goreng (dikisar dengan 1 cawan air)
1 sudu makan kismis
Garam dan perasa
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara membuat
1. Panaskan rice cooker, kemudian masukkan Planta.
2. Tumis rempah 3 serangkai
3.Masukkan bahan kisar bersama masukkan rempah sup bunjut. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan kismis, garam dan perasa. Kacau sebati.
5. Masukkan bawang goreng yang sudah dikisar tadi bersama dengan beras. Kacau.
6. Seterusnya masukkan beras dan tuang 4 cawan air. Tutup periuk dan biar hingga masak.
7. Bila nasi masak, kais dengan garfu untuk elakkan nasi patah.
Selamat mencuba