Masak Rendang Sukatan Bahan Untuk Seekor Ayam & Sekilo Daging

Share

 

Bagi baru belajar memasak rendang selalunya kita tak masak dalam jumlah banyak. Sama juga bagi keluarga kecil. Tapi yang jadi masalah bila resipi kebanyakannya dalam jumlah banyak.

Bila dah agak-agak tambah lagi tak berapa mahir maka keraplah tak menjadi. Bagi memudahkan boleh ikut resipi perkongsian Masmira Idris ini.

Beliau yang mengambil tempahan rendang dan biasa membuat rendang dalam jumlah yang banyak tapi kali ini berkongsi sukatan rendang untuk seekor ayam atau sekilo daging.

Resipi Rendang Ayam Seekor/ Daging Sekilo

Ayam 1 ekor / daging 1 kg

Bahan kisar:

1 genggam atau lebih cabai kering
Sedikit cili padi jika nak pedas
5-6 ulas bawang merah
1 labu kecil bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
Lengkuas banyak (1.5 kali ganda tapak tangan)
7-8 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 inci kunyit hidup

Bahan lain:

300g santan
Sedikit kerisik
1-2 keping asam keping
Sedikit gula melaka/merah
Sedikit gula batu skit

Cara membuat:

  • Kisar semua utk dikisar tapi jangan halus sangat.

  • Panaskan minyak sikit, tumis bahan kisar tadi

  • Boleh masuk santan siap-siap. Kalau nak letak akhir pun boleh, terpulang.

  • Saya letak awal, untuk galakkan kuah cepat pecah minyak dan garing.

  • Letak garam gula, gula melaka, gula batu, asam keping skit, kerisik sedikit. (kalau rendang daging, garam letak akhir)

  • Masak sampai pecah minyak dan garing

  • Masuk ayam/daging dan tambah air.

  • Masuk daun kunyit yang dihiris halus. Koyak-koyakkan daun limau purut masuk dalam kuah.

  • Kacau sekejap dan perlahankan api.

Siap

Selamat mencuba

Sumber: Masmira Idris

Artikel Berkait:

Step By Step Lengkap Cara Masak Rendang Ayam Confirm Menjadi

8 Petua Rendang Tahan Lama, Lambat Basi

Published by
VK