Masak Sayur Pedas Timun Cara Mak-Mak. Lauk Simple Makan Dengan Ikan Goreng, Memang Layan

Share

Ada masa kita tak tahu dah nak masak lauk apa kat rumah. Tapi masa yang sama kita tak mahu makan gulai atau sambal tumis.

Waktu macam ni elok buat lauk simple macam ni, sayur pedas timun. Bolehla guna sayur timun yang masih tersimpan dalam peti sejuk tu. Lauk ini juga selalu mak-mak kita buat.

Kalau teringin nak makan boleh ikut cara yang dikongsi oleh Tengku Azwa ini.

Masak sayur pedas ikut cara arwah mak

Kalau stok timun tak tahu nak masak apa, boleh buat sayur pedas ni. Simple je. Orang Terenganu panggil sayur pedas, jodohkan dengan sambal belacan. Saya masak ikut resipi arwah mak. Orang berpantang pun boleh makan. Masak dengan lobak putih

Bahan-bahan
1 batang timun
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2sb lada hitam
1 ekor isi ikan rebus
(Kalau tiada ikan rebus boleh guna ikan bilis. Tapi lebih sedap guna ikan rebus)

Cara membuat:

1.Tumbuk semua bahan di atas kemudian masukkn dalam periuk semua sekali.

2.Masuk air secukupnya. Kalau nak tumis dulu bahan tumbuk pun boleh, tapi jangan tumis sekali ikan. Saya tak tumis terus je masukkan air.

3.Perasakan dengan garam, nak letak perasa pun boleh

4.Saya tak masukkan gula sebab timun dah rasa manis. Nak letak daun kesum pun boleh.

Info: Selain timun boleh juga ganti petola atau labu.

Selamat mencuba.

Sumber: Tengku Azwa

Published by
VK