Masak Singgang Ayam Pun Boleh. Lauk Senang Buat Tapi Sedap Sangat

Share

Selalu bila masak singgang kita guna ikan, cuma jenis ikan saja yang berbeza ikut cita rasa. Tapi selain dari ikan kita juga boleh masak singgang menggunakan ayam.

Singgang ayam ini antara menu biasa di negeri Pantai Timur. Bagi yang tak pernah cuba boleh masak mengggunakan cara yang dikongsi oleh Myra Edora

. Lauk ini juga cukup ringkas, cuba gaul dan rebus saja. Senang tapi sedap sangat. Makan pulak dengan sambal dan ulam, terbaik gabungannya.

Cara buat singgang ayam, senang tapi sedap sangat

Bahan-bahan:

Ayam dipotong dan dibersihkan
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris memanjang
Halia – hiris memanjang
Lengkuas – hiris
Serai – ditumbuk
Rempah ketumbar – tumbuk
Lada kering – dipotong
Cili api
Asam keping
Garam
Gula
Budu

Cara membuat
  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk. Gaul rata.

2. Letak budu, garam gula sekali dan gaul lagi.

3. Tuangkan air ikut sukatan yang dikehendaki tapi jangan terlebih.

4. Buka api dan rebus hingga mendidih dan ayam masak.

Tip: Lebihkan bawang merah dari bawang, lagi sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Myra Edora

Published by
VK