Tengah sedap duduk dalam bilik sejuk aircond tiba-tiba ada air menitis. Banyak pulak tu. Ini antara masalah yang selalu terjadi bila menggunakan aircond.
Puncanya adalah kerana ada saluran yang tersumbat. Selain mendapatkan khidmat dari tukang servis aircond untuk membaikinya kita juga boleh melakukan pembaikan sendiri. Panduannya diberi oleh Fakaruddin Mohd. Boleh cuba ya.
Cara baiki air menitik dari aircond
Dah cuci filter, air masih lagi menitik? Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.
Saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.
1. Peralatan yang digunakan
– Screwdriver
– Tangga lipat
2. Safety alert
– Matikan suis aircond sebelum mula
– Sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini.
– Facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk
Ads
3. Tanggal housing aircond (gambar pertama)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond
4. Alihkan panel elektronik (gambar kedua)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.
Ads
5. Bersihkan lubang takungan yang tersumbat (gambar ketiga)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk-cucuk dan tarik-tarik je.
6. Bersihkan kotoran dalam paip takungan (gambar keempat)
– Pergi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– Buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yang ada tape hitam, bulatan biru).
Ads
7. Langkah selanjutnya curah air dalam takungan
– Setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut untuk memastikan yang lubang itu confirm tidak sumbat
– Bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Alang-alang bersihkanlah filter ya.
Cara servis ini juga rujuk video yang dikongsi oleh beliau.
Sekarang musim durian dan ramai yang teruja membeli buah ini. Ada yang beli seminggu dua kali raja buah ini memandangkan harga pun dah turun sedikit supaya puas hati makan.
Biasanya selepas makan durian mesti akan ada pesanan minta minum air dari pangsa durian. Ini petua untuk elak badan jadi panas. Pesanan ini memang ramai yang ikut walaupun tak faham hubung kaitnya.
Tapi petua orang tua ini memang ada betulnya. Prinsipal Saintis, Dr Suri Rowi memberi penjelasan mengapa kita perlu minum air pangsa selepas makan durian.
KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN?
Antara Petua dan Realiti Saintifik
Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ada benarnya. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.
Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang.
Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.
Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.
Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Scary bila tahu Facebook bole tau segala aktiviti kita walau pun ketika itu kita online pun kat Facebook. Zaman dunia tak sempadan ini memungkinkan semua ini terjadi.
Tapi sebenarnya ada cara untuk kita hentikan semua itu. Nur Aliah Mohd Nor berkongsi caranya.
Facebook boleh track segala aktiviti kita walaupun tak online
Masih ramai yang tak tahu Facebook boleh monitor dan track segala aktiviti yang kita buat walaupun waktu itu kita tak buka pun facebook.
Jangan risau! Ianya tidak bahaya pun. Tetapi semua aktiviti offline kita direkodkan. Contoh kalau kita buka website Maybank ke, CIMB ke, semua Facebook tahu. Termasuklah berapa kali kita login dan berapa lama kita guna website itu.
Ni dipanggil sebagai “Off Facebook Activity”.
Nak biarkan ON boleh, atau nak OFF pun boleh. Terpulang pada anda ya. Jadi ini step bagi siapa yang nak OFF pada “Off Facebook Activity” :
Cara nak OFF dia pun bukan kemain susah sebab kena masuk ke dalam dan dalam baru jumpa button OFF ni.
By the way. Betul ke Facebook boleh akses data pengguna? Jawapannya adalah YA dan TIDAK.
YA iaitu Facebook memiliki maklumat penggunaan aplikasi kita.
TIDAK iaitu mereka tidak mencuri data kita. Sebaliknya, data ini telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak Facebook dan aplikasi kedua untuk tujuan pengiklanan ataupun “personalized ads”. Jelaskan?
Anyway, dekat gambar bawah ini Lia ada tunjukkan step by step yang lebih jelas untuk rujukan korang ya.