Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk, Sebab Benda Kecil Harga RM18 Ini Ramai Kena Tipu Beratus Ringgit

Share

Masalah aircond kereta yang tak sejuk atau kadang-kadang sejuk dan panas semula memang memeningkan. Sebab selalunya ia akan makan banyak modal.

Tapi ada juga masalah aircond kereta kecil saja tapi dek kerana tiada ilmu, ada yang kena tipu dengan workshop. Habis beratus-ratus atau beribu ringgit namun masalah aircon yang tak sejuk tak juga setel.

Antaranya kerana alat kecil yang dipanggil relay. Perkara ini dijelaskan oleh mekanik dari akaun TikTok Altimat Auto Garage.

Menurut beliau ramai yang menjadi mangsa ditipu terutama wanita oleh workshop akibat masalah aircond ini hingga habis ratus ringgit.

“Aircond kereta ada masalah sekejap panas sekejap sejuk. Tapi jangan sampai kena tipu disebabkan benda kecil ini. Alat ini namanya relay.

“Ramai yang kena tipu terutamanya wanita oleh bengkel bila pergi untuk baiki masalah aircond kereta sebegini.

“Pomen bengkel akan kata compressor rosak, condenser rosak, kipas aircond rosak dan macam-macamlah.

“Tapi bila dah tukar semua dan dah kena ratus-ratus, aircon tetap bermasalah. Sejuk sekejap saja, lepas sehari dua panas balik.

“Kalau jadi macam ni cuba try check relay ini. Alat ini terletak dalam fuse box dan kita boleh check sendiri kat rumah. Buka bonet dan cari fuse box dan tengok instruction.

“Cari AC iaitu aircond, perhati kedudukannya dan buka relay dan just tukar saja. Boleh pergi kedai spare part dan beli sendiri. Harganya dalam RM18-RM 20 saja. Kemudian tukar sendiri.

“Sebelum kena tipu habis ratus ratus atau ribu-ribu baik cuba dulu cara paling murah dan mudah. Kalau dah tukar relay dan masih tak sejuk juga barulah pergi bengkel untuk check,”pesan beliau.

@altimatautogarage Aircond kereta tak sejuk?jangan sampai kena tipu. #bengkelkereta #bengkelmahir #repairkereta #bengkelkuang #bengkelsungaibuloh #repairaircond #aircondkeretataksejuk #serviceaircondkereta #pomen #pomenkampung #pomenmahir #mekanik #tips #tipskereta #fyp #viral #trending ♬ original sound – Altimat Auto Garage
Published by
VK