Kesihatan

Masalah Cicak Banyak Di Rumah, Buat Semburan Penghalau Cicak Ini

Share

Masalah cicak yang berlari-larian di siling rumah kemudian menjatuhkan najisnya di lantai dan juga tepi tingkap.

Memang stres dibuatnya bila bangun pagi melihat banyak kotoran tahi cicak ini bertaburan. Lagi banyak bila kita meninggal rumah beberapa hari.

Jika sudah tidak tahan dengan masalah cicak banyak di rumah, boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Nuruzzati Asmah.

Masalah cicak banyak, buat semburan ini

Bahan-bahan

1 cawan air
1/2 cawan cuka
1/2 cawan cecair pencuci pinggan

Cara penggunaan

1. Campurkan semua bahan ke dalam botol semburan.

2. Sembur di kawasan yang sering menjadi tempat cicak melekat, terutamanya di dinding.

3. Ulang semburan setiap dua minggu untuk kesan lebih efektif.

Kata Nuruzzati, cecair ini tidak akan meninggalkan kesan atau mengotorkan dinding. Namun, pastikan sukatan bahan digunakan dengan betul bagi mengelakkan bau cuka yang kuat di dalam rumah.

Ceritanya lagi selepas menggunakan semburan ini tiada lagi tahu cicak walaupun selepas meninggalkan rumah selama tiga minggu untuk pulang ke kampung. Ruang tamu dan bilik tidur memang bebas daripada najis cicak.

INFO

Selain menggunakan semburan penghalau cicak ini, satu lagi langkah elak cicak masuk ke dalam rumah adalah dengan menukar warna lampu. Cicak lebih nampak cahaya lampu berwarna putih. Oleh itu boleh tukar mentol lampu di rumah dengan warna lain.

Sumber: Nuruzzati Asmah

Artikel berkait: Kalau Ada Banyak Cicak Di Rumah Guna Ubat Calit Ini, Esok Confirm Berterabur Bangkai

Published by
VK