Masalah Dinding Rumah Retak, Ini Cara Tutup & Baiki Yang Boleh Kita Lakukan Sendiri

Share

Banyak kediaman tak kira jenis teres atau bertingkat berdepan dengan masalah ini. Kadang-kadang retak atau rekahan bukan kecil tapi besar.

Boleh tutup menggunakan joint compound tapi ia hanya menutupi kesan retak dari luar tapi bukan lubang.

Jika rumah kita sendiri ada masalah retak ini, ada satu cara yang boleh kita usahakan atau DIY untuk menyelesaikan masalah ini.

Dikongsi oleh comen.os melalui akaun TikTok salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk membaiki masalah ini baiki adalah dengan menggunakan produk yang khas untuk menutup rekahan iaitu Sellys No More Big Gaps. Menariknya cara untuk menggunakannya juga cukup mudah.

  1. Ambil produk dan goncang selama 10-20 saat supaya sebati.

2. Kemudian pasang nozzle panjang yang disediakan pada muncung.

3. Selepas pasang nozzle, terbalikkan dan masukkan nozzle pada lubang rekahan.

4. Picit hingga foam berwarna putih memenuhi ruang atau lubang rekahan.

5. Selepas foam tadi masuk, ia akan mengembang dan akan ada lebihan terkeluar dari dinding. Ketika ini ruang dalam akan ditutup dengan foam tadi yang juga melekat.

6. Biarkan saja sehingga foam tadi kering.

7. Selepas itu boleh potong lebihan yang terkeluar dari dinding dan bolehlah kita cat semula.

Boleh juga tonton video yang dikongsi

@comen.os Replying to @fazuriidrus #DIY #hardware #1hari1masalah #1hari1masalahcomen #toongstar #selleys #nomorebiggaps #expandingfoam #wallcrack #dindingretak ♬ Suasana Hari Raya – MAZRO AKHIRO

 

Semoga bermanfaat

Sumber: comen.os

Published by
VK