Masalah rumput naik tinggi di laman memang menyakitkan mata. Kebiasaannya bila di cabut, tak sampai dua minggu akan naik pula yang baru. Penat dibuatnya mencabut rumput ini.
Bagi memudahkan kerja menghapuskan rumput liar yang naik silih berganti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Harun Arun.
DIY racun rumput mudah
Bahan-bahan
-Garam sebungkus
-Cecair pencuci pinggan 3 sudu besar
-Air paip 2 liter
Cara membuat
Bancuhan semua bahan ini hingga larut dan masukkan dalam botol penyembur.
Sembur pada rumput yang ada di sekitar rumah.
Selepas dua hari, semua rumput akan mati, laman pun nampak bersih.
Selamat mencuba
Sumber: Harun Arun.
Tip Mudah Elak Roller & Berus Cat Mengeras Lepas Guna. Tak Perlu Cuci Cuma Buat Begini
Kebanyakan kita mengecat sendiri saja kediaman terutama untuk ruang dalam rumah. Lebih jimat dari upah tukang.
Bila dah cat sendiri, masa yang diambil pun agak lama. Selalunya lebih sehari kalau ruang luas. Masalah biasa bila ambil masa lama mengecat, roller atau berus cat yang ditinggalkan mula mengeras. Sudahnya kena beli berus atau roller lain.
Untuk elak kejadian berus atau roller keras selepas ditinggalkan boleh ikut tip yang dikongsi oleh Atama Aaeman.
Buat begini supaya roller & berus cat tak keras
Tip mengelak penggelek (roller) atau berus cat mengeras selepas diguna dan dibiarkan semalaman.
Roller ini saya dah guna 2 hari untuk mengecat projek semasa kuarantin PKPD. Hari ni nak guna lagi, sambung mengecat. Boleh digunakan terus tanpa perlu dicuci selepas diguna.
Caranya mudah saja,
1. Balut roller dengan beg plastik seperti dalam gambar. Saiz plastik ikut saiz roller.
2. Selepas balut pastikan plastik dipulas pada roller sehingga kebanyakan udara di dalamnya keluar dan lekat ketat pada roller. Boleh juga lekat dengan pita pelekat atau gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka.
3. Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat nak sambung pakai keesokan harinya. Makin banyak sisa cat pada roller makin bagus, cat tidak akan kering jika dibalut dengan betul.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Atama Aaeman
Baca juga artikel ini kalau sedang mengecat rumah : Kalau Cat Sendiri Rumah, Ikut Teknik M Atau W. Barulah Cat Sekata & Cantik
Buat Sendiri Burger Ala Prosperity, Cara Khairul Aming. Puas Hati Dapat Makan Satu Famili
Tak dinafikan dalam hati ramai yang memendam rasa teringin untuk menikmati burger dari restoren makanan segera yang popular ini.
Malah pempengaruh media sosial yang sinonim dengan video masakan Khairul Aming juga dapat banyak permintaan agar dia menghasilkan burger ala prosperity ini.
Tidak mahu menghampakan permintaan tersebut, beberapa hari lalu Khairul Aming berkongsi video masakan untuk orang ramai membuat sendiri burger ala prosperity ini.
Cara mudah buat sendiri burger ala prosperity
1. Cairkan 2 sudu mentega dalam kuali, masukkan 2 biji bawang holland dan 3 ulas bawang putih yang dicincang bersama hirisan cendawan.
2. Tumis sampai golden brown kemudian tambah satu sudu tepung gandum. Kacau rata sampai jadi keperangan lagi.
3. Kemudian tambah air bersama dua sudu sos tiram, sedikit kicap manis untuk beri warna gelap.
4.Tambahkan juga satu kiub daging, bersama dengan 2 sudu lada hitam yang ditumbuk halus untuk memberi aroma yang lebih wangi.
5. Kacau hingga mendidih kemudian tutup api. Kisar bahan ini hingga halus.
6. Selepas dikisar tuang dalam kuali dan panas lagi sekali hingga mendidih. Siap sos.
7. Seterusnya untuk daging, boleh guna daging burger lembu oblong daripada Ramly Burger. Goreng sehingga garing di luar. Ketepikan.
8. Untuk roti, sapu dengan butter dan bakar sekejap.
9. Cara penyediaan celup daging tadi dalam sos lada hitam yang dimasak tadi dan letak atas roti, tabur juga bawang holland yang dihiris.
Siap burger prosperity buat sendiri cara Khairul Aming. Boleh hidangkan bersama dengan curly fries frozen yang digoreng bersama air jus oren.
Sumber: Khairul Aming
15 Jenama Pereka Terkenal Yang Kita Salah Sebut Selama Ini
Meski terkenal seantero dunia namun kebanyakan jenama popular termasuk yang mahal ini selalu saja disalah sebut.
Contoh paling mudah adalah Zara, percaya atau tidak di ibu pejabatnya yang terletak di Arteixo Sepanyol ia disebut sebagai Tsah-dah.
Selain itu terdapat banyak lagi yang selalu salah sebutannya, jadi sebelum ada yang tersenyum kerana kesilapan kita eloklah kita betulkan sebutan jenama ini.
1. Adidas
Salah: Ah-DEE-des
Betul: AH-dee-dahs
2. Anna Sui
Salah: Ann-ah Sway atau Anne-ah Soo-yee
Sebutan betul : Ann-ah Swee
3. Balmain
Salah : Bahl-MANE
Sebutan betul: Bal-MAH
4. Bvlgari
Salah : Bool-GAH-ree
Sebutan betul : BOOL-gah-ree
5. Christian Louboutin
Salah : Krist-chun Loo-bow-tin
Sebutan betul : Krees-chawn Loo-boo-tahn
6. Dior Homme
Salah: Dee-OAR Home
Sebutan betul : Dee-OAR Uhm
7. Givenchy
Salah: Jee-VEN-chee
Sebutan betul: Zhee-vawn-shee
8. Hermes
Salah: Her-meez
Sebutan betul: EHR-mess
9. Issey Miyake
Salah : Is-see My-ache
Sebutan betul: EE-say Mee-AH-keh
10. Jean Paul Gaultier
Salah: Jeen Pawl Gall-teer
Sebutan betul: Zhawn Pawl GOH-tee-ay
11. Moschino
Salah: Mow-SHEE-noh
Sebutan betul: Mohs-KEY-noh
12. Rochas
Salah : Roh-chas atau Row-kahs
Sebutan betul: Roh-shah
13. Uniqlo
Salah : You-NIH-kloh
Sebutan betul: YOU-nee-kloh
14. Yves Saint Laurent
Salah : Eves Saynt Lor-ehnt
Sebutan betul: Eve Sahn Loh-rahn
15. Zara
Salah : Zah-rah
Sebutan betul : Tsah-dah
Sumber: INSIDER