Masalah rumput naik tinggi di laman memang menyakitkan mata. Kebiasaannya bila di cabut, tak sampai dua minggu akan naik pula yang baru. Penat dibuatnya mencabut rumput ini.
Bagi memudahkan kerja menghapuskan rumput liar yang naik silih berganti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Harun Arun.
Cili memang stok wajib ada di dapur kita kerana boleh kata saban hari digunakan dalam masakan. Biasanya kita akan beli dalam jumlah yang banyak. Selalu juga terjadi bila dah beli banyak dan simpan lama dalam peti sejuk, cili mula buruk dan busuk.
Sayang dan rugi sebab cili kan mahal harganya. Disebabkan itu macam-macam cara dan tip dikongsi untuk memastikan cili ini boleh disimpan lama.
Selain simpan dalam bekas, alas tisu atau letak bawang putih ini ada satu lagi kaedah yang lagi berkesan untuk memastikan cili kekal segar dalam tempoh yang lama. 8 bulan pun masih elok lagi. Tip ini dikongsi Puan Haslinda.
Caranya simpan cili dalam botol! Tak pernah dengar lagi kan.
Tip simpan cili, 8 bulan pun masih segar
“Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.”
Ujar beliau selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk simpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk simpan cili;
1. Basuh dan tos cili supaya kering.
2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.
3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.
4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.
Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.
Kelapa parut memang banyak kegunaannya. Selain diperah untuk santan kita juga juga untuk membuat kuih, kerisik dan sebagainya.
Sebab itu stok kelapa parut ini memang kena sentiasa ada. Jadi elok juga beli dalam jumlah yang banyak supaya senang bila nak digunakan.
Supaya kelapa parut ini masih elok walau pun disimpan lama boleh ikut perkongsian Ani Zam. Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan hingga dua hingga tiga bulan.
Cara simpan kelapa parut supaya tahan lama
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yg telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku.
5. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan sehingga 2 @ 3 bulan.
Untuk mendapatkan santan yang pekat , kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh kisar sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat.
Bunga kantan ini wajib kita simpan kerana akan jadi bahan masakan berharga terutama musim perayaan. Selalu ‘sold out’ pada waktu kita nak guna.
Supaya tak putus stok bunga kantan ini, seeloknya bila terjumpa bunga kantan yang segar dijual terus beli dalam jumlah banyak kemudian ‘frozenkan’.
Tapi untuk ‘frozenkan’ bunga kantan ini ada caranya, supaya tak hitam. Caranya dikongsi oleh Badariah Ayu Ayuariff.
1. Bersihkan bunga kantan dengan air kemudian belah.
2. Sediakan plastik, boleh guna plastik aiskrim kemudian isikan dengan air.
3. Masukkan bunga dan letak dalam bahagian sejuk beku.
Bunga kantan yang dibekukan ini ujarnya boleh tahan berbulan-bulan. Bila hendak digunakan untuk memasak boleh masukkan terus kerana bunga kantan ini sudahpun dibersihkan.
Ada kala kita beli bawang banyak, disebabkan lama sangat dalam bekas tak digunakan sampai tumbuh 'jambul'.Kalau bawang dah jadi macam ni, elok tanam saja...