Masuk pakaian dalam mesin basuh tapi dah lama on, tak juga berfungsi. Rupa-rupanya air yang masuk ke dalam mesin air keluar terus menerus, langsung tak bertakung.
Kalau begini memang mesin basuh takkan berfungsi selagi air tak penuh.
Jika masalah ini berlaku pada mesin basuh di rumah, berita baiknya ia antara masalah yang boleh kita baiki sendiri. Caranya ditunjukkan oleh Hairul Vcool
.1. Pertama sekali kalau ada air dalam mesin basuh buang air sampai habis. Kemudian tutup suis.
2. Seterusnya buka bahagian belakang mesin basuh. Bila sudah dibuka perhatikan di bahagian bawah dan kita akan nampak alat yang dinamakan stoper valve.
3. Buka alat tersebut. Kemudian dan bersihkan kotoran dan daki yang melekat pada barrow iaitu bahagian getah hitam. Kalau getah pada barrow ini sudah lembik seeloknya ditukar.
4. Kemudian bersihkan juga lagi satu bahagian yang bertakung air. Keluarkan semua yang tersumbat. Kalau tengok di sini ada benda asing. Keluarkan.
5. Akhirnya sekali pasang semula stoper valve tadi sebagaimana asal dan boleh cuba gunakan mesin basuh. Kebiasaannya selepas servis bahagian ini masalah air mesin basuh keluar akan selesai.
Selamat mencuba.
Sumber: Hairul Vcool