Mesin basuh bila beberapa tahun digunakan selalu akan berlaku beberapa masalah. Antaranya yang biasa adalah berkaitan dengan spin atau pengering.
Dah spin tapi ia berpusing perlahan hingga pakaian masih lembap walaupun dah selesai proses pengeringan.
Menurut Hairul Vcool yang mengusahakan perniagaan membaiki mesin basuh dan aircond masalah ini memang biasa berlaku bila sudah beberapa tahun mesin basuh digunakan.
Beliau yang selalu berkongsi tip dan cara DIY membaiki alat elektrik turut berkongsi langkah mudah yang boleh dilakukan sendiri agar spin mesin basuh elok semula.
Baiki sendiri masalah mesin basuh spin perlahan baju tak kering
“Hari ini ada customer hantar mesin basuh, katanya bahagian pengering perlahan. Jadi baju tak kering sepenuhnya atau masih lembap.
Ads
“Daripada pengalaman mesin basuh spin perlahan ini disebabkan belting yang kendur. Masalah ini juga kita boleh baiki sendiri.
Apa yang perlu dilakukan adalah;
1. Baringkan mesin basuh, kerana belting ini ada di bahagian bawah. Belting ini boleh kendur bila mesin basuh dah lama digunakan. Sebab itu lepas 2-3 tahun kita kena adjust sendiri jika spin jadi perlahan.
Ads
2. Bila dah baringkan kita akan nampak belting, apa yang perlu dilakukan bila ia kendur adalah buka skru di kiri dan kanan kemudian ketatkannya semula. Cara ini belting akan kembali tegang. Tapi pastikan jangan tegang sangat.
Ads
3. Kemudian boleh cuba proses pengeringan. Selalunya selepas ketatkan belting, masalah spin perlahan akan selesai.
Selain itu pesan beliau jika masalah ini berlaku pada mesin basuh, sebelum memanggil technican periksa dulu bahagian belting ini. Jika kendur boleh ketatkan sendiri tapi jika masih tegang, barulah menggunakan khidmat technican kerana boleh jadi kerana masalah lain.
Cara tukar tombol pintu yang rosak adalah kemahiran yang perlu ada bila sudah duduk di kediaman sendiri. Ini kerana masalah ini biasa terjadi . Ada yang membiarkannya saja sebab tiada kemahiran nak menggantikannya.
Hakikatnya cara tukar tombol pintu yang rosak ini tidaklah serumit mana, ia memang boleh dilakukan sendiri. Bagi yang belum tahu boleh ikut perkongsian daripada Ariff Fadzlie Mohtar.
Barang diperlukan untuk tukar tombol pintu rosak
Barang-barang yang diperlukan adalah tombol pintu (beli dekat MR DIY murah RM 8 sahaja) dan skrew driver.
Cara tukar tombol pintu rosak
Langkah 1
Tekan punat tersebut dengan pencungkil yang disediakan bersama tombol baru, dan tarik tombol.
Langkah 2
Tanggalkan cover tombol dan unscrew pelapik tombol.
Langkah 3
Seterusnya tarik tombol keluar sepenuhnya.
Langkah 4
Ulangi langkah 1 pada tombol baru untuk keluarkan kepala tombol.
Langkah 5
Langkah ini rumit sedikit, masukkan cangkuk pintu (1) ke dalam lubang sisi tombol (2).
Pastikan kemasukan kemas dan mencengkam tombol. Jika tidak, tombol tak boleh di pulas.
Langkah 6
Part rumit dah settle, sekarang skru balik penutup dan cover tombol.
Done! Tombol pintu rosak dah dibaiki. Mudah saja tanpa perlu habiskan beratus pada repairman.
Ikan cencaru sumbat atau belah belakang memang hidangan tengah hari yang menyelerakan. Tambah dengan sayur goreng dah lengkap menu.
Tapi bila buat ikan ini biasanya waktu menggoreng isi atau sambalnya akan terburai menyebabkan minyak dan ikan jadi sedikit kehitaman dek sambal hangus.
Rupanya ada lagi satu cara untuk buat ikan sumbat yang confirm takkan terjadi masalah sambal terkeluar. Sebaliknya sambal elok terletak dalam ikan yang dibelah.
Cara buat ikan cencaru sumbat tapi isi tak terkeluar
Bahan-bahan:
Ikan cencaru – dibersih dan dibelah belakang
Cili kisar
Bawang putih – ditumbuk
Serai – ditumbuk halus atau blend
Asam jawa -bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula (bukan untuk manis tapi untuk seimbangkan dengan asam)
Cara membuat:
Campur bahan semua dan masak tanpa minyak atas api sehingga cili pekat dan kering air. Ketepikan.
2. Kemudian goreng ikan cencaru yang sudah dibelah belakang.
3. Dah siap goreng, sumbat sambal yang dah siap dimasak tadi dalam ikan cencaru goreng tadi. Siap boleh terus boleh makan.
TIP
Jika sambal menggunakan kelapa dan mahu goreng sekali dengan ikan letakkan putih telur pada sambal yang siap disumbat dalam ikan. Kemudian goreng.
Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.
Antara yang ditanam dalam pasu adalah pokok limau purut yang tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya.
Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.
Tip pokok limau purut tanam dalam pasu sentiasa subur
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...