Bila duduk di kediaman bertingkat sama ada apartment atau kondo masalah siling bocor atau dinding leaking boleh menyebabkan konflik dengan jiran atas dan sebelah.
Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek kerana paip bocor jiran atas atau sebelah, habis bertompok dinding atau siling. Apa juga jiran yang tak mengaku puncanya dari kediaman mereka.
Jadi apa nak buat bila berdepan dengan masalah begini? Peguam Hartanah Syazwan Mohd Jafri memberi panduan untuk anda yang dalam situasi ini.
ADUHAI TAK CUKUP DENGAN SILING BOCOR, DINDING PUN SAMA LEAKING. PENING!
Ads
Ketahui hak anda dalam situasi ini
Jika anda menetap di rumah strata seperti kondo/apartment, pasti PERNAH mengalami atau dengar kisah orang lain yang mengalami masalah SILING BOCOR atau DINDING BERAIR.
Namun siapa yang patut dipertanggungjawabkan, anda sendiri atau pemilik unit atas/tepi? Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
Unit atas akan bertanggungjawab
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)
Seksyen 142 Akta 757 menyebut – Unit atas akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos membaiki kebocoran melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini maksudnya bukanlah unit atas secara automatik akan bersalah, tetapi kebarangkaliannya amat lah tinggi.
Ads
HAK ANDA DI BAWAH PERATURAN PENGURUSAN STRATA 2017 (PUA 107)
Peraturan 55 PUA 107 menyebut – Kebocoran boleh diertikan sebagai apa-apa kebasahan, kelembapan atau kesan penembusan air pada siling. Cukup sekadar kelihatan tompokan air dan tidak perlu ditunggu sehingga menjadi teruk sampai air menitik-nitik jatuh.
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT ANDA LAKUKAN DALAM SITUASI INI?
Pertamanya, pastikan kita lapor segera kepada pihak pengurusan. Seterusnya siasatan akan dijalankan untuk cari puncanya.
Sekiranya pemilik tidak beri kerjasama untuk siasatan, pihak pengurusan boleh menguatkuasakan Peraturan 63 PUA 107 – yang membolehkan pemilik unit didenda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara maksimum 3 tahun.
Ads
Jika jiran tak mahu beri kerjasama
Untuk isu dinding bocor, Peraturan 67 PUA 107 menyebut – undang-undang yang sama terpakai seperti isu siling bocor. Jadi tidak perlu risau.
Peraturan 61 PUA 107 menyebut – Jika unit atas/tepi tidak beri kerjasama baiki kerosakan, pihak pengurusan boleh ambil tindakan baiki sendiri kerosakan, dan tuntut semula kos kepada pemilik tersebut.
KESIMPULAN
Biasa kita dengar isu kebocoran di unit strata. Siling bocor, unit atas perlu bertanggungjawab. Dinding bocor, unit tepi lah. Perkongsian kali ini adalah untuk memastikan anda tahu hak anda jika ditimpa musibah ini.
Timun Jepun ini memang sedap. Ranggup dan sesuai jadi ulam. Lagi sedap dari timun biasa. Harganya pun lebih mahal.
Bagi yang ada hobi bercucuk tanam, bolehlah mencabar diri menanam timun Jepun ini seperti yang diusahakan oleh Asyraf Rahim.
Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.
Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.
Timun Jepun kebun balkoni
Kaedah Hidroponik
Benih F1 Green Eagle
Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu.
Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada floater sebagai water level indicator.
Timun jepun ini jenis menjalar – saya pakai jaring trelis ikat pada railing balkoni.
Tuaian -45 hari dari semaian benih, ke tuaian buah.
Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.
Semoga perkongsian beri manfaat pada yang suka bercucuk tanam.
Ada kala kita beli bawang banyak, disebabkan lama sangat dalam bekas tak digunakan sampai tumbuh ‘jambul’.
Kalau bawang dah jadi macam ni, elok tanam saja terus. Boleh guna cara yang dikongsi oleh Weekenbaker ini. Caranya tanam bawang untuk daun bawang mudah saja, nak guna botol mineral pun boleh, kalau tiada pasu.
Tanam pokok bawang dalam botol pun boleh
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Cara saya;
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, saya guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Masalah hari-bari yang bertebangan di dapur memang merimaskan. Terutama bila ada sayur atau buah-buahan yang sudah masak, inilah tumpuan bari-bari menghurung.
Cuma ramai tak tahu cara untuk menghalau bari-bari, kerana untuk menggunakan penyembur di dapur tidaklah sesuai memandangkan banyak makanan di sini.
Salah cara mudah yang boleh kita lakukan untuk menyahkan bari-bari ini adalah dengan meletakkan bancuhan tiga bahan berikut di dapur. Ia akan menarik perhatian bari-bari sekaligus menghapuskannya.
Cara hapuskan bari-bari
Tip ini dikongsi oleh Daisyjiejie di akaun TikTok beliau.
1. Caranya sediakan;
-Gula
-Cuka putih
-Cecair pencuci pinggan
2. Sediakan bekas bancuh semua bahan ini hingga larut.
3. Letakkan bekas bancuhan ini di sudut dapur. Bancuhan ini akan menarik bari-bari untuk menghurung kerana adanya rasa manis dari gula dan bau seperti buah reput. Manakala cecair pencuci pinggan yang likat akan memerangkap terus bari-bari di dalamnya.