Masuk Udang Kering & Gula 12 Sudu Teh, Ini Cara Buat Bihun Goreng Sedap Tak Perlu Guna Sos

Share

Kita selalu tertanya-tanya macam mana orang dulu-dulu termasuk mak dan nenek kita buat bihun goreng punyalah sedapnya walau tak guna sebarang sos.

Bagi yang nak tahu, Mohd Shukur Mohd Shukur berkongsi resipi yang diturunkan oleh arwah tok nenek beliau.

Resepi ini rencahnya cuma udang kering namun agak kontroversi bila melihat penggunaan gula. Tapi ramai yang dah cuba dan memuji hasilnya memang sedap. Tak manis pun kerana ia sesuai dengan kuantiti bihun yang digunakan. Tak percaya cubalah.

Bihun goreng tanpa sos, cuma guna udang kering

Hari ni saya masak bihun yng agak mewah pada zaman arwah toknek saya. Ini makanan yang arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu. Kami memang rapat dari saya kecik, bolhe dikatakan 60% saya duduk dgn arwah Tok nek Dan arwah Tok Sy berbanding dgn family sebab arwah ayah saya dulu berniaga kedai makan.
Di sini saya lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni. Semoga menjadi asbab mengalirnya pahala kepada arwah yg telah kembali menemui pencipta-NYA.

Bahan-bahan

1 paket bihun (rendam dengan air biasa)
1 paket kecil – -udang kering
3 biji bawang rose*
2 ulas- bawang putih*
4 tangkai cili kering*
Sedikit belacan bakar*
Asam jawa -saiz sebesar syiling 20 sen*
12 sudu teh gula (sudu kecil)
2 sudu teh serbuk perasa (MSG)
1/2 sudu teh x 7 – garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit*

Cara membuat

1. Bakar belacan.

2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur (jangan letak banyak air).

3. Panaskan minyak, goreng udang gering. Selepas agak dah masak masukkan bahan dikisar. Tumis hingga naik baik.

4. Masukkan perasa, tumis seketika lagi.

5. Bila nampak tumisan pecah minyak barulah masukkan bihun. Kacau sebati.

6. Guna api yang perlahan supaya bihun tak hancur. Biar bihun lembut sendiri. Kalau perlu masukkan sedikit air. Tip nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di atas permukaan bihun.

Selamat mencuba.

Sumber: Mohd Shukur Mohd Shukur

Published by
VK